Monday, November 2, 2009

Kem Prostar Peringkat Negeri Selangor

Sehari sebelum ke kem

Hari yang sepatutnya aq menghantar report projek kat En.Ezwan..malangnya, hanya sedikit sahaja sentuhan diperlukan oleh Afiq (team projek) untuk menyiapkannya..menunggu kepulangannya sahaja membuatkan aq rasa begitu malas untuk menunggu..teringat cadangan yang Ijat (geng rumah Ijok) mengenai kem Prostar yang akan datang, pastilah aq ingin menyertainya (dah lame xrase)..Tergambarlah wajah2 ahli Prostar yang lama aq xjmpe.. Projek??? Aq bagi kat Afiq setel selepas tinggalkan pendrive aq kat atas meja..(aq pon nak relax gak, hahaha)..

1st day

Agak lewat juga kehadiran kami ke kem Prostar yang terletak di Chalet Kuala Selangor (walaupun dekat ngan Ijok)..mana tidaknya kelewatan ini xdapat kami jangkakan kerana abang kesayangan aq nak menggunakan laptop aq untuk buat kerja..so, terpaksalah kami ke rumah aq untuk menghantar laptop aq sebelum singgah di Unisel untuk menjemput Iera (awek Ijat, nasib baik awek aq duk jauh..sobb) ke kem tersebut..jam menunjukkan 4 ptg semasa kami sampia ke kem kami, alangkah terkejut melihat baru ade 5 org peserta (Pelajar IKN, aq ingat fasi. dah..hahaha), tiba di muka pintu dewan, Syuk (pengarah program) memanggil nama aq & bertanya khabar (rasa bangga, hahaha)..selang beberapa jam, sudah ramai peserta yang datang (34 org = 24 lelaki + 10 pompuan)..kebanyakan dari mereka terdiri dari pelajar n yg b'kerja, mcm2 karenah yang ditunjukkan oleh peserta2 di kem tersebut sebelum sesi ice breaking bermula..ujian pre test dilakukan oleh peserta untuk menentukan ketereran mengenai Prostar & kesihatan, seperti kebiasaan, kebanyakan fasi2 sudah lama mengenali aq kerana aq pon fasi juga (percubaan aje, huhuhu), so bila pembahagian kumpulan aq dilantik menjadi ketua kumpulan aq yg dinamakan Malu-Malu..(ada pengalaman..muwahahaha)..di situ, keramahan antara ahli kumpulan dapat aq lihat setelah LDK yang diberikan oleh fasi dilakukan bersama..segelintir peserta (popular) termasuk aq banyak memainkan peranan dalam memeriahkan kem tersebut (bagi orang ketawa)..dari ceramah sehingga permainanan (xbagi ngantuk) dilakukan olah kami..antara yang melucukan apabila Ijat terpaksa menari seorang diri di tengah bulatan peserta kerana kalah dalam permainan 'concentration' (padan muka mu, hohohoho)..pengisian tentatif program adakala membosankan (mungkin ngantuk kot, hehehe) kerana kebanyakan peserta baru ingin berjinak2 dalam club Prostar..kemuncak malam apabila fasi2 membuat ceramah mengenai muhasabah diri (dah start menangis nih, sobb)..mane taknya, buka lagu melayu yang biasa aq layan (amik ko Mohsin, hahaha)..jangan kate nangis segala najis mutawaleleh pon ade (yang biasa meleleh, phm2 ea..huhuhuhuhu)..

2nd day

Seperti kebiasaan, bagun pagi + solat + mandi (sejuk ooo, bukan xbiasa)..dah siap untuk senaman, hujan bertaburan pula di kem kami (terpaksa buat kat dalam dewan)..aq & Min (Prostar Unisel Shah Alam) terpaksa menunjukkan cara main tepuk 'itai2' (btol kan?? aq tau men je name ntah la) sambil di temani olah fasi2..kebiasaan program untuk hari kedua lebih menyeronokkan kerana peserta terpaksa berlakon..di sini masing2 menunjukkan bakat2 yang lame terpendam (ingat gunung berapi), memang pecah perut boleh dikatakan apabila masing2 dapat membuat peserta & fasi berlinang air mata (sakit perut tau)..bila siang pasti ade malam, & malam kami disajikan bagaimana cara2 untuk menguruskan jenazah yang mengidap AIDS, & setelah tamat, peserta lelaki diasingkan oleh pompuan untuk pengisian terakhir pada malam itu..& sepatutnya najis mutawaleleh yang berlaku tidak terjadi2 kerana malam 2 feeling dah habis (mata tunggu nak pejam je, hehehehe)..

3rd day

aq rase 1st time kat kem aq bangun lambat (7.15 am) & masalahnya bukan aq sorang..satu bilik aq sume kantoi tido nyenyak (solat, msti ganti..hmmm), setelah perkara2 yang harus dilakukan terlaksana, kami berjaya juga melakukan senaman yang diketui oleh peserta baru tapi bek ati ^_^ iaitu Zam (penghulu, pelajar IKN) & Ajba (penghuluwati, pelajar IKN) di luar perkarangan dewan (semangat bersenam hampeh, jangan marah mungkin xmakan kot)..setelah habis bersarapan, peserta dikehendaki untuk merancang program (Kem Prostar. kononla) di dalam slot mari merancang..mcm2 idea yang berbukit di bentangkan oleh peserta & kumpulan aq yang memulakan dulu..& di akhir pembentangan, kami tidak di soal oleh peserta selain dari fasi..malangnya, kumpulan seterusnya di soal oleh peserta bertubi2 & aq la orang pertama (sape suh xtanye soklan kat geng aq, padan muka lu..hahahaha)..setelah habis aktiviti i2, kami perlu menjawab soklan post test untuk menentukan ketereran kami dalam bab ke Prostar hingga kesihatan (aq punye kena btol 100%, sebab dah banyak kali pergi..cidel tol)..& akhir sekali sesi bergambar untuk kenangan & juga bersalam menutup tirai majlis kami pada hari 2..

Sehingga bertemu untuk kem akan datang, aq jadi urusetia untuk peserta dari Kolej Mara Banting..^_^

P/S: Rugi klu xjoin, kem free, makan 6 kali sehari, berpeluang menjadi fasi..

3 comments:

Anonymous said...

hahaha.
time 2 ko sengal xmo tego aku.:D
follow blog aku bro!

Anonymous said...

wah, pjgnye krgan..
hahaaha

panglima said...

oho moksin tak thu lak ko ada blog...leh aku flow blog ko nnti hehehe...amin prostar shah alm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...