Friday, December 30, 2011

Ombak Rindu




Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku



Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung



Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti



Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya



Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Sunday, November 20, 2011

Fotograf - Luka Seribu Rindu




Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran


Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua


Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan


Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku


Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta suci nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Tuesday, September 27, 2011

Salam Aidilfitri & Selawat

Maaf kepada kawan2 kerana sepanjang bulan Syawal ini x ada masa nak post kat blog, maklum lah raya sakan tahun nie (konvoi ramai2 p melaka & johor)..hehehe..hanya gambar saja dapat aq tunjukkan (xtau nak post apa sebenarnya..hmm)..

Amacam, macho x aq? hehe

Adik bukan awek tau!..hehe

Ibunda, Tokanda & Ayahanda

Sweet & sour family..hehe

Bersama Moksu

Baru 4 keluarga, ada 5 lagi tertinggal..hehe
p/s: gambar ini di tangkap semasa kami beraya di rumah atuk di Hulu Langat, gambar konvoi??? terlupa nak amik..hehehe

Saturday, August 27, 2011

Pantun Raya!!!




Cincin disarung hati berdebar 
Jari lembut wajah terhias 
Ramadan disambut penuh sabar 
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Imam Ali a.s menyusun kata 
Tutur peri yang mulia 
Maaf-bermaafan sesama kita 
Di Aidilfitri yang mulia 

Buah pauh ditengah bendang 
Jadi dagangan ditengah kota 
Saudara jauh datang bertandang 
Bermaaf-maafan sesama kita 

Sungguh rendang pohon rumbia 
Tempat persinggahan si anak kera 
Ketupat rendang sudah tersedia 
Jemputlah semua menjamu selera 

Sungai disusur sehari-hari 
Dalam gelap menangkap ikan 
Kami menyusun sepuluh jari 
Salah dan silap harap maafkan 

Disisir diandam dengan cekap 
Potong rambut pelbagai gaya 
Puasa sebulan sudahlah lengkap 
Kita menyambut Hari Raya 

Negara kita aman sentosa 
Jangan dilupa orang terinyanya 
Makan sudah baju bergaya 
Orang fakir jangan dilupa 

Masak udang dan gulai ketam 
Pembasuh mulut kuih keria 
Berbunyi mercun berdetum detam 
Riang gembira dihari raya 

Adik tersayang segak bergaya 
Mengait kuih di atas para 
Suasana riang di hari raya 
Bermaaf-maafan riang gembira 

Menyeberang lautan melintas negeri 
Terbang jauh dari Itali 
Datuk nenek muka berseri 
Anak cucu telah kembali 

Gua Niah pintunya lebar 
Dayak dusun jadi penjaga 
Datuk nenek tidak tersabar 
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya 
Amat meriah riang gembira 
Ramai bertandang di hari raya 
Tersenyum riang sanak saudara

Sunday, August 14, 2011

Oh! Wanita


Ada 25 perkara orang lelaki kena tau pasal wanita nie:-

1.Perempuan adalah makhluk tuhan yang suka sangat “shopping”. Sebab, dalam anggapan mereka, kedai, shopping mall, supermarket, atau pasar adalah tempat di mana mereka seolah merasa ter'kontrol' (padahal buktinya mereka sangat “lost control” di tempat seperti itu).

2.Perempuan sangat menyukai segala hal yang bersifat “tawar-menawar”. Jadi, pertanyaan tentang ‘apakah itu diperlukan’ tidaklah relevan. Bagi mereka, segala sesuatu yang dijual dan ditawarkan ibarat sebuah permainan yang mengasyikkan dan adil.

3.Perempuan pada hakikatnya tidak memiliki sesuatu untuk dipakai. jadi, jangan bertanya tentang rak baju di dalam bilik, kamu hanya boleh tidak mengerti 'kenapa'??.

4.Perempuan suka menangis. Dan mereka tidak akan menangis kecuali mereka tahu bahwa kamu boleh mendengarnya.

5.Perempuan akan selalu bertanya tentang sesuatu yang tidak mempunyai jawapan pasti. Ini adalah usaha mereka untuk membuatmu merasa bersalah.

6.Perempuan suka berbicara. Jadi, mereka akan selalu bercakap, berborak, karena berdiam diri atau menutup mulut sangat menyeksakan bagi mereka, walaupun mereka sebenarnya tidak ada sesuatu pun yang ingin dibicarakan.

7.Perempuan perlu untuk merasa bahwa ada orang lain yang lebih ‘buruk’ dari mereka. Itu kenapa acara-acara seperti Oprah Winfrey Show sangat sukses.

8.Perempuan tidak menginginkan seks sebanyak keinginan lelaki. Ini dikeranakan seks lebih bersifat fizik bagi lelaki, dan bersifat emosional bagi mereka. Jadi, hanya dengan mengetahui bahwa lelaki menginginkan seks dengan mereka, keperluan seksual mereka sudah pun terpenuhi.

9.Perempuan tidak menyukai serangga. Bahkan perempuan terkuat pun selalu memerlukan lelaki di samping mereka jika ada serangga yang muncul.

10.Perempuan tidak boleh menjaga rahsia. Sebab itu seolah mengerat mereka dari dalam. Imbasnya, mereka merasa bahwa bukanlah sebuah ‘dosa’ bila membicarakan rahsia tersebut kepada satu atau dua orang.

11.Perempuan selalu ingin tampil berkelompok di depan umum. Sebab, ini memberikan mereka kesempatan untuk bergossip.

12.Perempuan tidak pernah tahan untuk tidak menjawab telepon, apapun yang sedang mereka lakukan. Sebab mereka menganggap telepon itu sebagai pengumuman loteri dan mereka adalah pemenangnya (haha…).

13.Perempuan tidak pernah paham kenapa lelaki menyukai mainan. Sedangkan lelaki sangat paham bahwa mereka tidak memerlukan ‘mainan’ lain bila perempuan punya menu ‘on/off’.

14.Perempuan akan menyimpan tiga jenis shampo yang berbeza dan dua jenis conditioner di bilik mandi mereka.Setelah perempuan mandi, jangan heran bila bilik mandi akan berbau seperti ‘hutan tropika’.

15.Perempuan tidak mengerti ‘daya tarik’ olahraga. Lelaki akan mencari hiburan sebagai kesempatan untuk lari dari kenyataan. Sedang perempuan mencari hiburan untuk mengingatkan mereka bagaimana ’segala sesuatu’ boleh menjadi berbahaya.

16.Bila lelaki pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk lima hari dan akan memakai pakaian yang sama untuk beberapa hari. Tapi bila perempuan pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk 21 hari. Ini kerana mereka tidak tahu yang akan mereka rasakan apa yang mereka pakai setiap harinya.

17.Perempuan akan merapikan rambut mereka bila ingin tidur.Perhatikan bagaimana perempuan makan ais krim, maka kamu akan tahu bagaimana rupa mereka di tempat tidur.

18.Perempuan akan digaji (dibayar) lebih murah dibandingkan lelaki, kecuali dalam dunia model.



19.Perempuan tidak pernah ’salah’. Dan meminta maaf adalah tugas lelaki. Hmm.. siapa sebenarnya yang merayu adam memakan buah khuldi..?

20.Perempuan tidak tahu apapun mengenai kereta, kecuali diperlukan kilang kereta untuk iklan.

21.Perempuan memiliki tempat tidur yang lebih baik dan tersusun dibanding lelaki. Sebab mereka berpikir dalam mimpi pun mereka akan dipuja.

22.Jumlah rata-rata barang di bilik mandi perempuan adalah 437. Lelaki tidak akan dapat mengerti apa gunanya barang-barang tersebut.

23.Perempuan akan mengatakan bahwa mereka menyukai binatang yang lucu seperti kucing.Lelaki juga berkata yang sama, tetapi bila tidak berada di depan perempuan, ia akan menendangnya.

24.Perempuan sangat suka bercakap di telepon. Mereka boleh menginap di tempat kawan selama dua minggu,lalu ketika kembali ke rumah, mereka akan menelepon kawan tersebut selama 3 jam.

25.Perempuan akan merapikan penampilan mereka (bersolek) bila ingin keluar untuk berbelanja, menyiram tanaman, membersihkan garaj, menjawab telepon, membaca buku, atau bahkan membuka surat.

Wednesday, August 3, 2011

NC Unisel Letak Jawatan???





Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan berkuat kuasa hari ini sebagai membantah pemecatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.


Tiga individu terbabit ialah, Prof Dr Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan), Rokmaa Mat (Pendaftar) dan Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran). Usaha menghubungi Dr Rosti yang memegang jawatan itu sejak Mac 2009 bagaimanapun gagal, namun melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pemberita, beliau mengesahkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 3 Ogos.


Datuk Dr Rosti Saruwono
“Ada keputusan yang saya tak sanggup melaksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai UNISEL tanpa memberi sebab dan tanpa `due process’. Selamat berpuasa,” katanya dalam SMS itu.
Berita Harian difahamkan Dr Rosti memanggil satu mesyuarat pada jam tiga petang sebelum mengumumkan keputusan mengejutnya.
Sementara itu, menurut satu kenyataan untuk edaran dalaman UNISEL, keputusan Dr Rosti itu dibuat kerana memorandum yang dihantar kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dianggap memfitnah Dr Rosti dan tiga individu terbabit.
“Memorandum itu memfitnah Dr Rosti dengan tiga yang lain iaitu  Prof Dr Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan), Rokmaa Mat (Pendaftar) dan Halid Hasbullah (Pengarah Pemasaran) dengan pelbagai tuduhan tidak benar.


“Memorandum bertarikh 16 Mei itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam; Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan),menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Naib Canselor untuk melucutkan jawatan tiga pegawai itu.
Pelucutan jawatan itu, tidak mengikut tatacara perundangan tatatertib UNISEL.Mereka terbabit tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang membela diri. Sebagai membantah tindakan itu, Rosti meletak jawatan sebagai Naib Canselor UNISEL, hari ini.


Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan PETRONAS dan Rektor pertama Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UNISEL pada 2 Mac 2009.

Friday, July 29, 2011

Malaysia Kalah!!!

Malaysia
 VS
Singapura (import je lebih)

Itu yang x akan dapat aq lupakan setelah menghabiskan masa 90 minit menonton perlawanan Malaysia vs Singapura (sume family aq join tgok!)..rasa kecewa bila melihat pertahanan Malaysia agak kucar-kacir seperti perlawanan di Singapura minggu lepas..kerana terlalu ghairah di hadapan penonton sendiri membuatkan mereka terleka hinggakan x dapat menjaringkan gol di babak pertama..peluang keemasan hadir bila Safee melorong bola untuk Kunalan tapi gagal membolosi gawang Singapura (Safee, ko mmg t'baik mlm td.. =))..

Mohd Safee Mohd Sali

Memang x dapat dinafikan bahawa pemain Singapura dapat melakukan beberapa percubaan sehingga aq sendiri x senang duduk..(mana xnye, klu k'bykan p'main import)..kecekapan Apek mengagalkan setiap percubaan mereka sangat hebat (sepatotnya die harus men kat Singapura tempoh hari..hmm)..

Separuh masa kedua baru nampak pengawalan bola dari pemain kita dimana akhirnya kita menjaringkan gol menerusi Safee (wa respek lu brader!..hehe)..1-0 & kecekapan Apek kurang menjadi apabila gagal menyelamatkan gawang apabila bola yang di tanduk oleh Kuric berjaya di sepak oleh Shi Jiayi..1-1

Nasib menyebelahi kita apabila Apek dengan gaya Iker Casillas (goalkeeper Real Madrid) berjaya menghalang percubaan pemain mereka apabila berhadapan 1 on 1 setelah pertahanan kita yang longlai memberikan mereka membuat serangan..(klu x, 2-1..malu kalah tmpt sendiri beb..aishh!)

Khairul Fahmi Che Mat (Apek)

Iker Casillas
Apa2 pun, pujian harus diberikan oleh Safee & Apek kerana banyak membantu menaikkan semangat kepada pemain lain untuk bertarung..dan sokongan padu 85000 penyokong malam tadi memang mengamit memori yang x akan dapat mereka khususnya rakyat Malaysia lupakan..sekian!

p/s: dah mcm p'gulas sukan aq nie, tp nk bt cmne..ikutkan nak kutuk je cara p'mainan mereka..mmg lepas nie Rajagopal kena pakai p'main p'galaman (yg b'lwn dgn pasukan Chelsea)..

Monday, July 18, 2011

Juvana


DRAMA BAND


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti

(korus)
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh…

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)

Oh…

(ulang korus)

Oh…


Sunday, July 17, 2011

Kenduri Rumah Atuk

Alhamdulillah, akhirnya b'akhir juga majlis kenduri di rumah atuk pada malam sabtu hari itu..ramai juga yang datang, x menang tanganlah orang katakan..tapi nak buat macam mana dah kami sekeluarga & keluarga yang terdiri daripada adik beradik umi pakat nak buat..memang meriah malam tu, paling best menu masakan memang berlainan sebab kali ini walid masak nasi briyani (sedap xsedap jgn katelah, cuba lah ti..time aq raya kot, mai la dtg umah..hehehe)..bila sebut pasal nasi briyani, aq la paling arif bab mengacau ini sebab dulu2 pon masa habis diploma, aq banyak menghabiskan masa dengan berkerja dengan Ami Hasan Al-Yahya (kawan baik walid)..masak bila ada ustaz datang office atau permintaan untuk majlis ilmu di hauzah Ukay..mesti ramai x tau kan??? hehehe..apa2 pon, memang mandi peluh la juga masa nak mengacau (kacau makan masa 30 minit tnpa henti)..sudah mengunakan kayu untuk membakar (ikut tradisional tuh..hehehe), mana tidaknya kalau peluh tumpah ke baju..hahaha..sori ye untuk tatapan post kali ini pendek sahaja..maklumlah, aq dah nak mula sambung belajar balik setelah 2 bulan cuti (cutiku untuk men bola je..huhuhu)..gambar2 ini sahaja yang sempat di ambil (x sempat sbb byk periuk kena di kacau..hohoho)..

ayam di bubuh dengan tepung

ade lagi seratus lebih ketul untuk di goreng..huhuhu

ayam di bubuh dengan kunyit

Klon Mia Sara..anak paktih..comel + putih tau (kamera aq nie bt hal laa, pic pudar)..

p/s: lupa nak bagitau, adik aq time tu baru habis main futsal..dapat tempat ke-4 (kata terer men futsal, piraah!..hehehe)


Sunday, July 10, 2011

Ketahui Personaliti Mengikut Jenis Darah: A, B, AB atau O?

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.
Click this bar to view the full image.
KOgKSH banner Ketahui Personaliti Mengikut Jenis Darah: A, B, AB atau O?
1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

p/s: Jadi apa jenis darah anda? Penerangan yang betul ataupun tidak? Kongsikan di sini! Paling sedih sapa yang tak tahu jenis darah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...