Thursday, October 22, 2009

Pesanan Buat Kekasih



Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku

Menahan titis air mata


Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih

Sekiranya engkau merinduiku

Hubungilah aku di sini


Jika ada kesilapanku

Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya

Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi

Kerana sehingga waktu ini

Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya

Berlalu Ramadhan, Syawal menjelma setelah berpuasa selama sebulan akhirnya hari yang ingin di raikan datang juga..seperti orang lain, aq juga meraikan hari yang mulia ini dengan keluarga dan sanak saudara di beberapa tempat sperti Hulu Langat (umah atuk sebelah umi aq), Merlimau (umah makcik sebelah umi aq) & Muar (umah abg & kakak walid aq). .berikut adalah kejadian yang berlaku pada malam raya & seterusnya (dah macam pembaca berita plak, huhu) :

Malam Raya

Seperti kebiasaan, keluarga aq mesti merayakan ari raya pertama di sini (aq pon xtau, mungkin dekat kot)..sebelum malam raya, kami sekeluarga sudah berada di rumah atuk aq..macam2 persiapan dilakukan lebih2 lagi persiapan untuk hidangan raya seperti ketupat, lemang & macam lagi sume di lakukan..Pada malam raya, aq sudah berpakian baju melayu untuk menghadiri majlis takbir tetapi kelewatan yang di alami menyebabkan rombongan takbir hilang dari pandangan ku (xsempot ikotla maknenye), sedih rasanya sebab dulu aq xpenah miss (nak kutip duit raya lebih) tapi aq xkisah sebab adik2 aq mewarisi perbuatan ini dari aq (mane tak tumaph kuah klu tak ke nasi, hehehe)..


Malam raya pon sempat bergambar

Pagi Raya (Hulu Langat)

Takbir berkumandang, jam menunjukkan pukul 8 pagi..masing2 menyiapkan diri untuk solat hari raya di surau..walid sudah menyatakan kepada aq untuk solat di Ukay Perdana tetapi tidak sempat dek kerana masa mencemburui kami (macam orang penting plak, hahaha), selepas solat, seperti kebiasaan kami akan bermaafan antara sesama lain (banyak sangat ke dosa aq, hmm) & masa yang ditunggukan untuk mengutip duit raya oleh adik2 di laksanakan dengan pelbagai karenah..kemudian, kami bersama merasai hidangan yang di masak oleh kaum2 hawa (klu kaum adam, siap ada hiasan..makan mase, hahaha) & semestinya lemang, nasi himpit dan pelbagai kuah yang berwarna-warni di makan oleh kami..selepas habis menamu, kami m'ziarahi kubur nenek & moyang aq (sebelah umi aq) yang terletak tidak jauh dari umah atuk aq..raya di sini kurang ceria berbanding dahulu kerana kebanyakan family adik2 umi tak ramai meraikan bersama kami (duit raya pon xbyk la)..& aq semakin besar nie tak akanla nk menadah muka mitak duit raya kat setiap rumah berdekatan (adik2 aq bole la)..hanya televisyen dan telefon (buah ati aq yang jauh di mata) sahaja yang mengisi masa terluang aq sepanjang raya (sedih rasanye, iskh3)..selama 3 hari, kami sekeluarga meraikan hari raya ini di Hulu Langat (klu xtau kat mane, tgok senario the movie..mesti ade)


Zainab & Sukainah


Bersama insan tersayang


Nie dia budak nakal dalam umah (Redha & Ali)

Raya Lagi (Muar)

Selepas meraikan raya di Hlu langat, kami meneruskan perjalanan menuju Muar (kawan sebilik aq duk situ gak)..sebelum singgah di rumah Pak long (abg ipar walid aq), kami singgah umah sedara walid aq shingga rumah terakhir Pak Ngah aq (abg walid aq, orang panggil Salleh Kubur..die la pembuat batu nisan terkenal di Muar), agak lama kami di sana kerana menjamu selera skali dengan mereka & di akhiri bersalaman untuk meneruskan perjalanan ke rumah Pak Long aq..Walaupon terasa sekejap beraya di Muar tetapi aq puas kerana dapat ziarah keluarga sebalah walid (erat silaturrahim katekan, huhuhu)..Untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai perkahwinan Mak Tih (sepupu umi aq), tunggu la post blog akan datang (penat nak tulis sebenarnya, huhuhu)..

Sebelum berpisah, aq ingin berpantun (duit raya xde ea)

Pejam celik pejam celik dah lame tak jumpe,
Pejam celik dah sebulan puasa,

Makin dipejam celik, makin banyak salah & dosa,
Sementara masih celik, banyak2 buatla pahala,
Sebelum pejam tak celik2, harap maaf jika tersalah perbuatan & kata,



Posing depan umah sedara di Muar

Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir dan Batin..

Thursday, September 10, 2009

Perpisahan Terasing (Danial Chua)



Pertemuan pada bulan 4 memahatkan pelbagai memori kami bersama Danial (jiran umah Ijok)..bermula dengan perkenalan antara dia & Hanifi (housemate aq), sehingga menjadi ramah kepada kami serumah sebelum kawan rapat aq menyambung pelajarannya di Kedah..Walaupun jarang bersua dek kerana penat berkerja sehingga malam, dia sekali sekala akan menjenguk kami di rumah (main Poker, hehehe)..dia memang peramah orang nya & sering kali timbulkan masalah kepada aq (aq nie panas baran)..tetapi itu tidak bererti lagi setelah selama berada di Ijok, dia membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat untuk menjaga keluarganya..Sedih & pilu menyelebungi kami berempat (Aq, Danial, Syafiq & Afiq) ketika kami menghantar dia ke Pudu (macam nak nangis pon ade)..Setiap Pertemuan Pasti Akan Berpisah Jua, begitu juga kami & dia..setelah muram atas perpindahan Wan (kawan rapatku) ke Kedah, sekali lagi aq mengharungi perkara yang sama..ape yang kami & dia harapkan janganlah lupa antara satu sama lain..


Saturday, September 5, 2009

Mungkinkah Terjadi

S

Seringkali hati bertanya

Tiap saat kita bersama

Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai

Bibir terkunci

Jiwa bergelora rasa tak percaya

Adakah ku bermimpi

Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan

Wajah yang bermain

Di mimpi-mimpiku

Hidupku.. kini bagaikan penjara

Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi

Dirimu aku miliki

Berilah tanda kepastianmu

Namun jika tak tercapai

Harapanku

Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

Wednesday, September 2, 2009

Minggu Kegembiraan ( Rumah Atuk Aq)

Pada Ahad yang lepas (sehari sebelum bunga api di lancarkan di KLCC, MERDEKA!!!), aq sekeluarga bertolak ke rumah atuk aq setelah aq berjaya memiliki permainan video "Pro Evolution Soccer 2009" di rumah kawan lama aq (copy je game nih, hahaha)..sehari sebelum bertolak keluarga aq memang sudah bercadang hendak menghadiri rumah atuk aq kerana adik-beradik umi aq kat sana (rai besday atuk aq, aq punye lupe ke?? soobbb)..memang tuah berpihak kepada aq kerana aq balik ke rumah aq 2 hari sebelum kami sekeluarga pergi ke rumah atuk aq..Di sana, aq bertemu dengan sepupu yang sudah lama aq tidak ketemu (blaja kat Indon, mane taknye), berkongsi cerita tentang karier masing2..

Malam yang di nantikan, seramai 40 lebih saudara mara aq sudah menunggu untuk berbuka puasa bersama2..memulakan bacaan surah al-Qadr di sudahi dengan doa berbuka puasa, kami menjamah hidangan yang dimasak bersama (macam makan kenduri la katakan)..Seperti kebiasaan, gambar2 dibawah menunjukkan karenah2 saudara-mara aq (x tunjuk kang, cakap kosng ti..)


Nie la Besday boy kiteorg mlm tuh..
genap 70 tahun atuk, semoga pjg umr ya atuk!!

Mane aq nih?? masing2 terliur ar 2..


Featuring Ipin (anak Pak usu aq)..
sedara ckp cam same, btol kew??


Monday, August 31, 2009

Si Dia

Kali nie aq ingin sampaikan luahan hatiku kepada dia, SIAPAKAH DIA?? hanya aq, dia & yang Maha ESA sahaja yang tahu apa yang berlaku sepanjang perkenalan kami selama 6 bulan ini..Bermula apabila aq menambah dia sebagai kenalanku di website Friendster, mengenali dia sebagai junior sekolah lame ku..merasakan perkara biasa sepanjang kami berbual sehingga kemesraan yang terjalin di ruang sembang YM membuatkan aq ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi..

Permintaan nombor si dia ditolak habisan setelah aq secara tiba2 meminta (dah mula jatuh ati), perasaan sedih melanda tetapi aq tabahkan diri kerana si dia merasakan belum masa lagi untuk berbuat demikian..
Setiap malam pasti aq tunggu si dia di ruang YM walaupon kadangkala si dia sibuk dengan kerja yang perlu di siapkan..sehingga pada satu ari aq di tegur oleh Mama Walia ( ketiak berada di dalkam bengkel C# pada cuti sem yang lepas) mengenai perbualanku dan si dia di dalam kelas..hehehe..Siang berganti malam, begitu juaga sebaliknya, apabila satu hari mesej yang aq sampaikan pada si dia untuk meminta nombor di tolak (pilu hati aq ini), apakan daya nasi belum menjadi bubur pada hari pagi Ramdhan yg pertama sesuatu yang tidak disangka bahawa dia memberikan nombornya kepadaku..

Perasaan gembira terpancar bak bilik gelap diterangi lampu, hanya syukur sahaja yang aq boleh panjatkan kepada-Nya..di harap perkenalan yang baru melalui telefon dapat merapatkan hubungan silaturrahim..Dan adakah dia permata baru dalam hidupku, hanya doa sahaja yang boleh kupanjatkan kepada-Nya..Walaunpun post kali ini tidak seberapa seperti yang lain, di harap ini dapat memuaskan hatinya tersebut..

Akhir bicara

Ramadhan pertama perkenalan bermula,
Antara aq dan dia,
Di harap lebih terjalin hubungan yang tersedia,
Menanti hari "itu" bila akan tiba???

Friday, August 28, 2009

Perjalanan yang memenatkan..

Hari Selasa yang lepas, aq berpuasa di rumah Ijok buat kali kedua selepas murung pada hari pertama (tunggu Afiq & Syafiq pulang)..terasa kesunyian membelenggu diriku pada siang harinya selepas sahur..mana tak nya kalau semua kawan2 ada yang belum sampai, nasib menyebelahi aq selepas pejam celik di atas tilam, akhirnya Afiq & Syafiq menyegarkan mataku tatkala mereka baru pulang dari rumah masing2, mengatakan mahu ke Sungai Wang untuk mencari harta karun masing2..hehehe..

Perjalanan kami di temani oleh buah hati Syafiq & kakaknya (Ora & Tira), memakan masa hampir 45 minit..Aq & Afiq berpisah dengan mereka buat sementara waktu kerana kami juga ingin mencari harta karun (perkakasan laptop masing2)..seseudha mencari kami berjumpa semula di Times Square diaman waktu berbuak hampir tiba..seperti kebiasaan gambar2 akan ditunjukkan untuk tontonan umum sesuai semua lapisan masyarakat..hahaha



Aq, Syafiq & Afiq


Tira, Afiq & Ora (Syafiq jagan jeles, hehehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...