Tuesday, July 20, 2010

Dunia Baru (Degree)

Salam & Selawat..

Setelah beberapa bulan malas nak update blog, akhirnya terpaksa juga buat sebab nak bagi orang baca terutama follower aq..hehehe..di harap post kali ini dapat mengubat rindu kepada anda semua..hahaha

So, post kali ini aq nk cerita mengenai diriku yang sekarang ini dah melangkah ke dunia baru (tempat belajar lame kot, hohoho) sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda IT (KM)..walaupun hasrat nak ke IPTA tidak dapat dek kerana lambat ambil exam MUET..aq mengambil keputusan untuk sambung belajar kembali ke Unisel..

Berbeza pada zaman belajar dahulu, aq tidak lagi duduk di hostel mahupun rumah sewa..hanya dengan berbekal motorsikal EX5, aq berulang-alik rumah..biasalah kalau dah naik moto, penat janganlah cakap..hehehe

Untuk sem 1 aq di Unisel, hanya 5 subjek aq ambil setakat ini selepas beberapa hari mengharungi pelbagai dugaan semasa ADD DROP SUBJECT..(T T)..alhamdulillah, berkat kesabaran aq peroleh kesenangan apabila pihak Unisel ingin membiayai perbelanjaan pelajaran untuk sem 1 aq..bermakna, duit ptptn or biasiswa aq dapat penuh..hahaha

Di harap post kali ini memberi kelgaan sedikit kepada anda teruta follower blog saya..sekian, ada masa aq update blog aq (bz la, sem nie kena target pointer beb...hehe)

Salam...

Monday, March 1, 2010

Kem Remaja Umum Prostar 2010

Sebelum ke kem


Hari jumaat yang lepas merupakan perayaan Maulidur Rasul (cuti am la pe lagi, huahuahua)..teringat akan kawan aq, Ijat mengenai kem Prostar telah diberitahu olehnya 3 hari sebelum hari jumaat di dalam ruang komen "Facebook" aq..rasa ingin pergi sudah lama aq pendamkan dek kerana sudah beberapa bulan tidak mendengar sebarang cerita mengenai kem Prostar..apalagi, aq manfaatkan cuti ini dengan kepergianku ke kem ini selepas memberitahu keluarga aq & pakcik aq..SYUKUR!!!

1st day

Ijat menjemput aq di rumah lebih awal kerana dia mahu berjumpa dengan maknya di Sungai Besar..sesudah selesai pertemuan, kami bergegas ke tapak kem kami yang berpangkalan di Chalet Kuala Selangor..pukul 3.00 p.m kami sampai di sana selepas mengambil Khairul (pengerusi Prostar daerah) di rumahnya..selepas bersuai kenal antara sesama fasilitator termasuk penyelaras daerah terbaru, Pn. Salasiah..kami menerima kehadiran peserta dari Inpens & Kolej Komuniti Tanjung Karang seramai 36 orang walaupun sasarannya adalah seramai 50 orang..tugasan pertama dimulakan oleh aq & Hafis (mamat suka senyum) di dalam slot "Ice Breaking"..sehinggalah ke slot lain yang diteruskan oleh fasi2 yang lain..istimewanya aq di dalam kem ini adalah aq menjadi sebagai jurugambar + video sepanjang kami semua berada disini (pertaruhan N95 8GB bermula, hahaha)..dari sini bermula bermacam2 ragam yang di tunjukkan oleh kami semua (memang terbaik la korang, sampai perut aq masuk angin..huarghhh)..


Pembahagian tugasan antara fasilitator


Reaksi peserta dalam Titian Hidup


Antara sebahagian hasil nukilan nama & logo oleh peserta kem

2nd day

Selepas solat, senamrobik & tarian poco2 dimulakan di ketuai oleh Ijat & Mira sambil dibantu oleh penghulu & penghuluwati walaupun sebenarnya aq yang sepatutnya yang ketuai (klu aq buat sape nak amik gambar korang ea?? JAWAB..hohoho)..kemudian slot2 disampaikan oleh fasi2 yang lain (pada waktu nie, aq & Finaz membuat tanda jalan untuk kembara malam peserta) sehinggalah ke petang dimana permainan dinamik kami bersama lagi..aq & Finaz (Saleem Iklim , si janggut emas..hahaha) di tugaskan membuat permainan ini untuk peserta..sehinggalah selesai menghabiskan permainan, peserta dibasahkan dengan belon2 yang berisi air oleh fasi (maka, t'jadilah p'tmpuran fasi & p'serta..hahaha)..walaupun aq bertugas mengambil gambar & video kami semua, tak terkecuali untuk menerima habuan dari Finaz setelah menaruk tepung di atas rambut aq (mmg aq #$%^&*, amik ko..hahaha)..tugas aq bersambung hingga ke malam di dalam slot (pasal m'gurus jenazah HIV, aq lupa la name slot nie..hehehe) & kembara di malam hari, aq, Hafis & Fairuz bersama2 menjaga kawasan tali air di mana peserta akan berjumpa kami setelah melalui jalan yang ditandai oleh aq & Finaz sehinggalah waktu untuk tidur malam..


Senamrobik oleh peserta & fasilitator


Acara sukaneka selepas permainan dinamik


Peserta sukarela dalam menguruskan jenazah HIV


Penerangan dari En.Azmi mengenai cara2 menguruskan jenazah HIV


Antara ragam para peserta di dalam kembara malam..

3rd day

Pagi ini aq bangun lambat sangat (sedih, xdapat b'sama dengan p'serta ke Bukit Melawati..sobb (T T)..), aq bersiap2 untuk sarapan & seterusnya tugas aq seperti biasa..hari penutup kami bertambah ceria apabila kami di sajikan persembahan nyanyian dari peserta (aq ingat nak nyanyi gak, dah lame x karaoke nih..hmm)..SEKIAN!!

p/s: sebenarnya citer aq nie panjang t'msukla bermain mata dengan awek Kolej Komuniti (muka die seiras adik s'pupu aq, mgkn psl 2 aq main mata..hmm), so aq banyakkan letak gambar..maaplah klu ade anatara korang yg pegi kem nie bace ruangan cincai aq nih..hehehe







Sunday, February 7, 2010

Peristiwa Malang

Dah lama aq x post cerita dalam raungan blog aq nih..setelah sebulan lamanya (lama sangat kew!! hehee) aq menamatkan pelajaran aq di Unisel..tidak dapat banyak aktiviti yang aq lakukan, sekadar menolong walid aq menghantar barang2 ke bengkel motor..

Surat Tamat Pengajian

Hari berganti hari, perkara yang sama aq lakukan sehingga pada satu hari aq di beritahu pendaftaran untuk sambung Degree di IPTA sudah buka..banyak persediaan yang aq terpaksa lakukan termasuk mendapatkan surat tamat pengajian aq..dugaan sepanjang mendapat surat memang perit kerana aq terpaksa berada di Unisel untuk 3 hari..walaupun beroleh surat itu, masa untuk mengepos surat hampir tutup..akhirnya dengan kesabaran, aq berjaya juga mengepos surat2 berkenaan (harap2 di terima masuk..Selawat..)

Hard Disk Aq Tak Boleh Baca

Pagi yang rabu yang indah ingin aq manfaatkan sepenuhnya dengan melayan filem2 yang baru aq ambil dari kawan aq sewaktu tidur semalaman di hostel Unisel (kes nak dapatkan surat)..apakan daya "external hardisk" yang aq baru beli sebulan sudah rosak kerana laptop aq tak dapat membaca (kenalah pergi Low Yat, hmm)

Motor Abang Aq Terbakar

Sewaktu aq sibuk kerja, tetibe aq dikejutkan berita oleh abang aq mengenai kebakaran kedai motor di Bandar Tasik Puteri..seingat aq abang aq suka bergurau tetapi pada kali ini tidak keran aq sendiri melihat dengan mata kasar aq (kesian abang aq, baru ingat nak amik..sobb (T T))terpaksalah membuat aduan polis..

Van Walid Aq Kena Langgar Motor

Sewaktu dalam perjalan balik ke rumah, aq digemparkan oleh pakcik aq tentang kemalangan van walid di Rawang..di saat itu muka aq berubah sekali tatkala mendengar ape yang terjadi..aq diberitahu pakcik yang budak yang langgar 2 kakinya patah dan walid & adik2 dalam keadaan baik..Alhamdulillah!!

Thursday, December 17, 2009

Wali band - Egokah Aku



Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Saturday, December 12, 2009

Mobile System Implementation


ini masa nak present (muka cuak 2 sebenarnya, hehehe)

9/12/2009 adakah detik penentuan sistem yang aq dirikan berjaya atau tidak..selama 4 bulan persiapan dilakukan dari segi 'database', 'coding' dan 'interface' sistem ini telah dilakukan..akhirnya berjaya juga sistem ini berjalan..untuk mengukuhkan perjalanan sistem aq, aq menyediakan 'report' untuk rujukan oleh pensyarah dan junior2 yang akan mengambil subjek ini..suka duka telah aq harungi bersama2 rakan projek aq ini (Afiq), di saat memerlukan bantuan macam2 peragai yang di buat oleh dia..tapi dengan bantuan En. Ashri (Ketua Program Teknologi Maklumat) dalam 'coding' sememangnya banyak membantu aq..kerana dia berpengalaman dalam Mcirosoft Visual Basic 6.0..

Alat2 yang diperlukan untuk membangunkan sistem PD Shutdown RFID System :-

ini adalah gambaran laptop aq (xsempat amik gambar laptop sendiri, huhuhu)


ini pula cd (install kat laptop) & ID tags


inilah RFID reader sistem ini (baca id tags tadi tau..)

Selama 4 bulan ini juga aq sibuk untuk membangun sistem ini, begitu juga dengan 'report'..Alhamdullilah, sebelum hari pembentangan sistem, sistem ini telah siap sepenuhnya..pada permulaan pembentangan yang di 'evaluate' oleh Puan Suzana & Puan Rahayu, kami berjaya menyakinkan sistem ini boleh diguna pakai di Malaysia khususnya kerana sistem ini tidak ada orang yang menghasilkannya khususnya di kalangan pelajar...Akhir bicara, sistem ini telah membuatkan aq berpuas hati kerana selama 2 setengah tahun aq belajar di Unisel, akhirnya berjaya juga aq menghasilkan sistem yang tidak ada orang bangunkan..



Ni la notification sistem aq 2..(mase bleh setkan)



lepas 2, notification dari Windows muncul pula..hehehe

Selama 4 bulan kesabaran dan kecekalan aq diuji,
Selama itu jugalah sistam aq lame menanti,

Sistem berjaya tidak dapat apa yang ingin aq katakan,

Hanya mampu sujud syukur & selawat di atas nikmat yang diberikan..

Wednesday, December 2, 2009

Spring - Romantis

Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu

Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

( ulang dari 1 )

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu Kaulah kekasih

Monday, November 23, 2009

Kem Prostar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

1st day

Kehadiran aq ke kem kali ini lewat sedikit berbanding kem yang lepas kerana ada urusan dengan pensyarah aq berhubung projek final semester aq di Unisel..pada mulanya, aq memang malas untuk datang ke kem itu..tapi memandangkan aq dimaklumkan bahawa fasi tidak mencukupi (sebab peserta 35 = 32 gurl + 3 boy) membuatkan aq terpaksa datang juga (dah jadi fasi, kena la datang..hmm)..perjalanan aq ke kem berjalan dengan lancar setelah afiq sedia menghantar aq (ingat pon ko kat kawan kan..hahaha)..pemindahan barang2 aq ke dalam kereta Ijat (fasi juga la..) dilakukan di tempat parking Tesco selepas berjumpa Ijat & Ira (ape die buat kat sini, xkan jadi fasi kot..hmm)..rupa2nya Ira datang untuk membantu seperti aq juga (tapi aq memang fasi tau, huhuhu)..sesudah selesai memindahkan barang aq, kami menuju ke kem..sekumpulan peserta perempuan sudah berada di dewan makan melihat kami keluar dari kereta (mungkin aq kot, sebab dorang xnampak aq petang tadi atau aq pakai baju bola..hehehe)..selesai usai solat, aq segera ke dewan ceramah untuk setting laptop aq untuk diguna pakai oleh fasi2 len..baru ingat hendak rehat tapi apakan daya aq terpaksa bagi slot "LDK HIV & AIDS" (sape la nak cian kat aq, sobb3)..perkenalan aq dengan peserta bermula apabila sesi slot aq dimulakan (rata2 peserta memanggil aq, abg..hehehe)..kemudian slot "Muhasabah Diri" mengakhiri malam pada hari pertama di kem..

2nd day

Hari ini aq bangun lambat gila, pukul 8.30 a.m (apa lagi qada' solat subuh pastu pegi tengok peserta).. selesai sarapan pagi & slot "Teruna & Dara", aq diminta untuk bagi slot mengenai "Rokok" (payah juga la nak sebut nama saintifik nie, hehehe)..kemudian aq mengajar peserta game "Concentration", rata2 peserta terhibur dengan game ini..selepas minum pagi, slot seterusnya disampaikan oleh fasi2 yang lain termasuk Ijat..pada sebelah petang pula, peserta di ajak ke Bukit Melawati untuk mengantikan slot "Permainan Dinamik"..pelbagai ragam dapat di lihat pada peserta2 unutk kem kali ini ketika bertemu dengan spesis monyet di Bukit Melawati (mereka xmesra macam p'serta dari KMB,xbese kot..hehe)..pelbagai gambar di ambil untuk dijadikan kenangan termasuklah aq (sempat pose ngan monyet lagi 2, hohoho)..pada sebelah malam pula, selepas slot "Selimut Putih" di bawa oleh Abang Khairi di habiskan, Bad (orang penting nie, hehehe) memberi kata2 pengenalan sebleum peserta dibenarkan tidur lebih awal (baru kul 1 lebih je, xpenah eden pegi kem tido awal..huhuhu)


Nie la monyet yang aq katakan 2..hehehe


Gelagat peserta selepas jalan2 di Bukit Melawati

3rd day

Hari ini aq bangun awal tidak seperti semalam, selepas melakukan tarian poco yang tunggang langgang (xde sape nak lead dorang, memang setel la..hehehe)..selepas sarapan pagi, peserta diberikan taklimat serba sedikit mengenai slot "Mari Merancang" (walaupun xbagi dalam slide) oleh Bad & di akhiri ujian "Post Test"..sebelum majlis menutup tirai, fasi2 telah membuat "Permainan Dinamik" untuk peserta (aq handle bahagian Bahasa Isyarat..hmm)..pertemuan dengan peserta pasti kurindui kerana kebanyakan dari mereka beranggapan aq sebagai abang (sebenarnya muda lagi lor..hehehe)
P/S: Akhir kata dariku, minta maaf akak & abang sekalian sekiranya terkasar bahasa..sebelum berpisah aq mahu berpantun..

Bulan November hampir meninggalkan kita,
3 hari 2 malam kita kem di sini,
Wahai akak & abang yang sedang membaca,

Harap kesalahan kami (fasi) dapat dimaafi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...