Pertemuan pada bulan 4 memahatkan pelbagai memori kami bersama Danial (jiran umah Ijok)..bermula dengan perkenalan antara dia & Hanifi (housemate aq), sehingga menjadi ramah kepada kami serumah sebelum kawan rapat aq menyambung pelajarannya di Kedah..Walaupun jarang bersua dek kerana penat berkerja sehingga malam, dia sekali sekala akan menjenguk kami di rumah (main Poker, hehehe)..dia memang peramah orang nya & sering kali timbulkan masalah kepada aq (aq nie panas baran)..tetapi itu tidak bererti lagi setelah selama berada di Ijok, dia membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat untuk menjaga keluarganya..Sedih & pilu menyelebungi kami berempat (Aq, Danial, Syafiq & Afiq) ketika kami menghantar dia ke Pudu (macam nak nangis pon ade)..Setiap Pertemuan Pasti Akan Berpisah Jua, begitu juga kami & dia..setelah muram atas perpindahan Wan (kawan rapatku) ke Kedah, sekali lagi aq mengharungi perkara yang sama..ape yang kami & dia harapkan janganlah lupa antara satu sama lain..
Thursday, September 10, 2009
Saturday, September 5, 2009
Mungkinkah Terjadi
Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa
Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari
Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..
Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi
Wednesday, September 2, 2009
Minggu Kegembiraan ( Rumah Atuk Aq)
Pada Ahad yang lepas (sehari sebelum bunga api di lancarkan di KLCC, MERDEKA!!!), aq sekeluarga bertolak ke rumah atuk aq setelah aq berjaya memiliki permainan video "Pro Evolution Soccer 2009" di rumah kawan lama aq (copy je game nih, hahaha)..sehari sebelum bertolak keluarga aq memang sudah bercadang hendak menghadiri rumah atuk aq kerana adik-beradik umi aq kat sana (rai besday atuk aq, aq punye lupe ke?? soobbb)..memang tuah berpihak kepada aq kerana aq balik ke rumah aq 2 hari sebelum kami sekeluarga pergi ke rumah atuk aq..Di sana, aq bertemu dengan sepupu yang sudah lama aq tidak ketemu (blaja kat Indon, mane taknye), berkongsi cerita tentang karier masing2..
Malam yang di nantikan, seramai 40 lebih saudara mara aq sudah menunggu untuk berbuka puasa bersama2..memulakan bacaan surah al-Qadr di sudahi dengan doa berbuka puasa, kami menjamah hidangan yang dimasak bersama (macam makan kenduri la katakan)..Seperti kebiasaan, gambar2 dibawah menunjukkan karenah2 saudara-mara aq (x tunjuk kang, cakap kosng ti..)
Malam yang di nantikan, seramai 40 lebih saudara mara aq sudah menunggu untuk berbuka puasa bersama2..memulakan bacaan surah al-Qadr di sudahi dengan doa berbuka puasa, kami menjamah hidangan yang dimasak bersama (macam makan kenduri la katakan)..Seperti kebiasaan, gambar2 dibawah menunjukkan karenah2 saudara-mara aq (x tunjuk kang, cakap kosng ti..)
Mane aq nih?? masing2 terliur ar 2..
Subscribe to:
Posts (Atom)