Thursday, October 22, 2009

Pesanan Buat Kekasih



Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku

Menahan titis air mata


Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih

Sekiranya engkau merinduiku

Hubungilah aku di sini


Jika ada kesilapanku

Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya

Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi

Kerana sehingga waktu ini

Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya

Berlalu Ramadhan, Syawal menjelma setelah berpuasa selama sebulan akhirnya hari yang ingin di raikan datang juga..seperti orang lain, aq juga meraikan hari yang mulia ini dengan keluarga dan sanak saudara di beberapa tempat sperti Hulu Langat (umah atuk sebelah umi aq), Merlimau (umah makcik sebelah umi aq) & Muar (umah abg & kakak walid aq). .berikut adalah kejadian yang berlaku pada malam raya & seterusnya (dah macam pembaca berita plak, huhu) :

Malam Raya

Seperti kebiasaan, keluarga aq mesti merayakan ari raya pertama di sini (aq pon xtau, mungkin dekat kot)..sebelum malam raya, kami sekeluarga sudah berada di rumah atuk aq..macam2 persiapan dilakukan lebih2 lagi persiapan untuk hidangan raya seperti ketupat, lemang & macam lagi sume di lakukan..Pada malam raya, aq sudah berpakian baju melayu untuk menghadiri majlis takbir tetapi kelewatan yang di alami menyebabkan rombongan takbir hilang dari pandangan ku (xsempot ikotla maknenye), sedih rasanya sebab dulu aq xpenah miss (nak kutip duit raya lebih) tapi aq xkisah sebab adik2 aq mewarisi perbuatan ini dari aq (mane tak tumaph kuah klu tak ke nasi, hehehe)..


Malam raya pon sempat bergambar

Pagi Raya (Hulu Langat)

Takbir berkumandang, jam menunjukkan pukul 8 pagi..masing2 menyiapkan diri untuk solat hari raya di surau..walid sudah menyatakan kepada aq untuk solat di Ukay Perdana tetapi tidak sempat dek kerana masa mencemburui kami (macam orang penting plak, hahaha), selepas solat, seperti kebiasaan kami akan bermaafan antara sesama lain (banyak sangat ke dosa aq, hmm) & masa yang ditunggukan untuk mengutip duit raya oleh adik2 di laksanakan dengan pelbagai karenah..kemudian, kami bersama merasai hidangan yang di masak oleh kaum2 hawa (klu kaum adam, siap ada hiasan..makan mase, hahaha) & semestinya lemang, nasi himpit dan pelbagai kuah yang berwarna-warni di makan oleh kami..selepas habis menamu, kami m'ziarahi kubur nenek & moyang aq (sebelah umi aq) yang terletak tidak jauh dari umah atuk aq..raya di sini kurang ceria berbanding dahulu kerana kebanyakan family adik2 umi tak ramai meraikan bersama kami (duit raya pon xbyk la)..& aq semakin besar nie tak akanla nk menadah muka mitak duit raya kat setiap rumah berdekatan (adik2 aq bole la)..hanya televisyen dan telefon (buah ati aq yang jauh di mata) sahaja yang mengisi masa terluang aq sepanjang raya (sedih rasanye, iskh3)..selama 3 hari, kami sekeluarga meraikan hari raya ini di Hulu Langat (klu xtau kat mane, tgok senario the movie..mesti ade)


Zainab & Sukainah


Bersama insan tersayang


Nie dia budak nakal dalam umah (Redha & Ali)

Raya Lagi (Muar)

Selepas meraikan raya di Hlu langat, kami meneruskan perjalanan menuju Muar (kawan sebilik aq duk situ gak)..sebelum singgah di rumah Pak long (abg ipar walid aq), kami singgah umah sedara walid aq shingga rumah terakhir Pak Ngah aq (abg walid aq, orang panggil Salleh Kubur..die la pembuat batu nisan terkenal di Muar), agak lama kami di sana kerana menjamu selera skali dengan mereka & di akhiri bersalaman untuk meneruskan perjalanan ke rumah Pak Long aq..Walaupon terasa sekejap beraya di Muar tetapi aq puas kerana dapat ziarah keluarga sebalah walid (erat silaturrahim katekan, huhuhu)..Untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai perkahwinan Mak Tih (sepupu umi aq), tunggu la post blog akan datang (penat nak tulis sebenarnya, huhuhu)..

Sebelum berpisah, aq ingin berpantun (duit raya xde ea)

Pejam celik pejam celik dah lame tak jumpe,
Pejam celik dah sebulan puasa,

Makin dipejam celik, makin banyak salah & dosa,
Sementara masih celik, banyak2 buatla pahala,
Sebelum pejam tak celik2, harap maaf jika tersalah perbuatan & kata,



Posing depan umah sedara di Muar

Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir dan Batin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...