Thursday, December 17, 2009

Wali band - Egokah Aku



Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Saturday, December 12, 2009

Mobile System Implementation


ini masa nak present (muka cuak 2 sebenarnya, hehehe)

9/12/2009 adakah detik penentuan sistem yang aq dirikan berjaya atau tidak..selama 4 bulan persiapan dilakukan dari segi 'database', 'coding' dan 'interface' sistem ini telah dilakukan..akhirnya berjaya juga sistem ini berjalan..untuk mengukuhkan perjalanan sistem aq, aq menyediakan 'report' untuk rujukan oleh pensyarah dan junior2 yang akan mengambil subjek ini..suka duka telah aq harungi bersama2 rakan projek aq ini (Afiq), di saat memerlukan bantuan macam2 peragai yang di buat oleh dia..tapi dengan bantuan En. Ashri (Ketua Program Teknologi Maklumat) dalam 'coding' sememangnya banyak membantu aq..kerana dia berpengalaman dalam Mcirosoft Visual Basic 6.0..

Alat2 yang diperlukan untuk membangunkan sistem PD Shutdown RFID System :-

ini adalah gambaran laptop aq (xsempat amik gambar laptop sendiri, huhuhu)


ini pula cd (install kat laptop) & ID tags


inilah RFID reader sistem ini (baca id tags tadi tau..)

Selama 4 bulan ini juga aq sibuk untuk membangun sistem ini, begitu juga dengan 'report'..Alhamdullilah, sebelum hari pembentangan sistem, sistem ini telah siap sepenuhnya..pada permulaan pembentangan yang di 'evaluate' oleh Puan Suzana & Puan Rahayu, kami berjaya menyakinkan sistem ini boleh diguna pakai di Malaysia khususnya kerana sistem ini tidak ada orang yang menghasilkannya khususnya di kalangan pelajar...Akhir bicara, sistem ini telah membuatkan aq berpuas hati kerana selama 2 setengah tahun aq belajar di Unisel, akhirnya berjaya juga aq menghasilkan sistem yang tidak ada orang bangunkan..



Ni la notification sistem aq 2..(mase bleh setkan)



lepas 2, notification dari Windows muncul pula..hehehe

Selama 4 bulan kesabaran dan kecekalan aq diuji,
Selama itu jugalah sistam aq lame menanti,

Sistem berjaya tidak dapat apa yang ingin aq katakan,

Hanya mampu sujud syukur & selawat di atas nikmat yang diberikan..

Wednesday, December 2, 2009

Spring - Romantis

Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu

Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu

Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan

( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang

Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi

Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti

( ulang dari 1 )

Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu Kaulah kekasih

Monday, November 23, 2009

Kem Prostar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

1st day

Kehadiran aq ke kem kali ini lewat sedikit berbanding kem yang lepas kerana ada urusan dengan pensyarah aq berhubung projek final semester aq di Unisel..pada mulanya, aq memang malas untuk datang ke kem itu..tapi memandangkan aq dimaklumkan bahawa fasi tidak mencukupi (sebab peserta 35 = 32 gurl + 3 boy) membuatkan aq terpaksa datang juga (dah jadi fasi, kena la datang..hmm)..perjalanan aq ke kem berjalan dengan lancar setelah afiq sedia menghantar aq (ingat pon ko kat kawan kan..hahaha)..pemindahan barang2 aq ke dalam kereta Ijat (fasi juga la..) dilakukan di tempat parking Tesco selepas berjumpa Ijat & Ira (ape die buat kat sini, xkan jadi fasi kot..hmm)..rupa2nya Ira datang untuk membantu seperti aq juga (tapi aq memang fasi tau, huhuhu)..sesudah selesai memindahkan barang aq, kami menuju ke kem..sekumpulan peserta perempuan sudah berada di dewan makan melihat kami keluar dari kereta (mungkin aq kot, sebab dorang xnampak aq petang tadi atau aq pakai baju bola..hehehe)..selesai usai solat, aq segera ke dewan ceramah untuk setting laptop aq untuk diguna pakai oleh fasi2 len..baru ingat hendak rehat tapi apakan daya aq terpaksa bagi slot "LDK HIV & AIDS" (sape la nak cian kat aq, sobb3)..perkenalan aq dengan peserta bermula apabila sesi slot aq dimulakan (rata2 peserta memanggil aq, abg..hehehe)..kemudian slot "Muhasabah Diri" mengakhiri malam pada hari pertama di kem..

2nd day

Hari ini aq bangun lambat gila, pukul 8.30 a.m (apa lagi qada' solat subuh pastu pegi tengok peserta).. selesai sarapan pagi & slot "Teruna & Dara", aq diminta untuk bagi slot mengenai "Rokok" (payah juga la nak sebut nama saintifik nie, hehehe)..kemudian aq mengajar peserta game "Concentration", rata2 peserta terhibur dengan game ini..selepas minum pagi, slot seterusnya disampaikan oleh fasi2 yang lain termasuk Ijat..pada sebelah petang pula, peserta di ajak ke Bukit Melawati untuk mengantikan slot "Permainan Dinamik"..pelbagai ragam dapat di lihat pada peserta2 unutk kem kali ini ketika bertemu dengan spesis monyet di Bukit Melawati (mereka xmesra macam p'serta dari KMB,xbese kot..hehe)..pelbagai gambar di ambil untuk dijadikan kenangan termasuklah aq (sempat pose ngan monyet lagi 2, hohoho)..pada sebelah malam pula, selepas slot "Selimut Putih" di bawa oleh Abang Khairi di habiskan, Bad (orang penting nie, hehehe) memberi kata2 pengenalan sebleum peserta dibenarkan tidur lebih awal (baru kul 1 lebih je, xpenah eden pegi kem tido awal..huhuhu)


Nie la monyet yang aq katakan 2..hehehe


Gelagat peserta selepas jalan2 di Bukit Melawati

3rd day

Hari ini aq bangun awal tidak seperti semalam, selepas melakukan tarian poco yang tunggang langgang (xde sape nak lead dorang, memang setel la..hehehe)..selepas sarapan pagi, peserta diberikan taklimat serba sedikit mengenai slot "Mari Merancang" (walaupun xbagi dalam slide) oleh Bad & di akhiri ujian "Post Test"..sebelum majlis menutup tirai, fasi2 telah membuat "Permainan Dinamik" untuk peserta (aq handle bahagian Bahasa Isyarat..hmm)..pertemuan dengan peserta pasti kurindui kerana kebanyakan dari mereka beranggapan aq sebagai abang (sebenarnya muda lagi lor..hehehe)
P/S: Akhir kata dariku, minta maaf akak & abang sekalian sekiranya terkasar bahasa..sebelum berpisah aq mahu berpantun..

Bulan November hampir meninggalkan kita,
3 hari 2 malam kita kem di sini,
Wahai akak & abang yang sedang membaca,

Harap kesalahan kami (fasi) dapat dimaafi..

Monday, November 16, 2009

Kem Prostar Kolej Mara Banting

1st day
Seperti kebiasaan pada kem mggu lepas, aq n ijat akan datang ke tapak kem lewat pada waktunya..jam menunjukkan pukul 2.30 pm, 30 minit lewat untuk sampai ke destinasi yang sama. bertuahnya kami apabila menyedari tiada siapa yang berada di kawan kem Prostar tersebut..rasa pelik & tertanya2 sama ada betul atau tidak kem Prostar diadakan di sini. perasaan tidak puas hati menyebabkan aq segera menghubungi Syuk (pengarah program), alhamdulillah tidak dapat di sangkal lagi yang kem kami akan di lakukan di sini. syuk mengarahkan aq agar bersiap sedia untuk pendaftaran peserta yang berumur dari 18-19 tahun dari Kolej Mara Banting kerana dia ada urusan yang perlu diselesaikan. hampir 2 jam kami menunggu ketibaan peserta dan akhirnya sampai juga mereka ke destinasi (awalnya sesat, tapi ijat tolong bawakan mereka ke tapak kem, hehehe)..pukul 6 lebih, para peserta pun telah tiba di perkarangan kem..seramai 39 peserta yang terdiri daripada 21 lelaki 18 perempuan membanjiri tempat pendaftaran..pertemuan dengan Iskandar dan kawannya (mereka nie peserta tau..hmmm) yang merupakan perserta sewaktu kami di kem Taman Alam sedikit sebanyak membantu kami menguruskan peserta..selepas membahagikan bilik masing2, aq mengarahkan mereka (aq kan abang, hahaha) untuk bersiap untuk ceramah slot pada malam ini (fuhh..lega aq, nasib bek syuk dah balik)..kehadiran Daus, Zuraimy, dan Bad menceriakan hari aq kerana slot2 dalam kem ini akan disampaikan oleh mereka..(senang dalam hati ea, esok xtau lagi..mamamia)..pengakhiran program berjalan dengan lambat apabila slot terakhir (slot Muhasabah Diri) mengakhiri drama menangis di kalangan peserta (apalagi tido pon kul 3.30 pagi kot, mmg sume jd dinasaur la..hahaha)
2nd day
Seperti kem2 yang sebelumnya, senamrobik akan diadakan pada waktu pagi & aq la kaptennye (kuang asam, aq sorang je fasi yang bagun..cisdel), selepas sarapan, slot2 mengenai kesihatan di berikan oleh fasi2 yang bagun lambat tadi (aq pon kena gak, aq mau tido lor..mamamia)..pelbagai ragam yang di tunjukkan oleh peserta di dalm kem tersebut & aq sebagai orang yang bertindak dalam mendisiplinkan mereka (ingat kem tentera ke aaa..huhuhu)di kem tersebut aq dikenali oleh mereka sebagai fasi yang tegas, poyo & ambil berat (tau xpe, beruntung sape yang jadi makwe aq tau..hehehe)..di sana peserta dihidangkan sajian makan 6 kali sehari (camnela klu dorng duk sini sebulan, obesiti agak kot..hohoho)..pelbagai aktiviti yang kami lakukan untuk menyegarkan mata mereka yang di rasuk tidur..antara permainan yang tidak aq boleh lupakan apabila aq mengajar mereka bagaimana bermain dalam permainan Concentration (nk tau kena tnye, xtnye nnti malu..hehehe), aq di denda untuk menari di bulatan peserta bersama insan yang terpilih (kes xingat nombor sendiri & lambat pick up..hahaha)..& pada malam yang di nantikan (ingat magic show ke, hmmm), kepanasan baranku terbuka sedikit apabila slot yang di sampaikan Daus memberi impak sangat mendalam kepada semua peserta apabila mereka di kehendaki unutk melukis wajah ibu bapa mereka dan luahkan isi hati masing2 di atas kertas..setelah siap, mereka di minta menyerahkan kertas yang di isi oleh mereka..lalu di uji dengan koyakan kertas oleh Daus (pyshco je lebih, yg koyak 2 aq & Ijat buat)..hasilnya, seorang peserta perempuan mengamuk lalu memukul dinding tanda protes tentang kertas yang di koyakkan oleh Daus & tidak ku sangka kawanya memaki hamun fasi & program yang kami buat (dh sampai tahap drh hulk aq m'galir la nie kan..hmmmm)..perasaan bengang menyelubungi mereka kepada kami sehingga ada peserta perempuan bersikap kurang ajar dengan tidak menjawab persoalan yang diajukan oleh Daus..& tibalah masanya aq selaku orang yang mendisiplinkan mereka sudah mengeluarkan aura2 panas baran aq lalu aq berkata "Helo, apa yang Abg Daus tanya 2?" (peserta2 hanya terdiam seketika & Daus menyuruh aq agar bersabar)..syukurlah, aq dapat menahan kepanasanku ini kerana Daus menghalang aq (klu tidak mmg dh singgah sana kaki ku di kepala mu..pantang aq budak2 muda kurang ajar skrg nie..huarghhh)..akhirnya, slot ini berakhir setelah Daus menerangkan sebab musabab melakukan perkara ini & hasilnya peserta menunjukkan reaksi muka yang berbeza (baru korng tau, saje nak physco korng..hmmm)..masa itulah masing2 meminta maaf kepada kami kerana berkelakuan kasar (nasib bek aq p'maaf tau..tuhan pon xsuka hambaNya b'lagak)..malam itu menyimpan seribu kenangan bagi semua peserta & fasi termasuk aq..
3rd day
Pagi ini lewat sedikit kerana peserta perempuan lambat menyiapkan diri masing2, & tanggapan aq memang benar apabila melihat reaksi muka mereka (pasal ke malam s'mlm la 2..hmmm)..untuk menceriakan hati mereka kembali, aq membawa mereka berjalan di tempat peninggalan sejarah Negeri Selangor (Bukit Melawati namenye, korng tau??)..hampir 30 minit kami berada di sana & kunjungan monyet2 di kawasan situ menceriakan para peserta (besela, jarang jumpe spesis monyet nie..hahaha)..setelah melawat tempat itu, kami bergegas pulang ke kem untuk sarapan..selesai sarapan, aq bertugas untuk menyampaikan slot yang terakhir iaitu slot Mari Merancang (b'kaitan bgaimana cara p'serta2 ingin mengadakan program Prostar)..& diakhir aktiviti sebelum berpisah, lagu2 perpisahan akan berkumandang di dalam dewan kem itu..ada yang menitis mata, ada yang ketawa & ada juga marah kot pasal semalam (apsal aq suka stigma ea, dorng kan manusia..besela melakukan k'salahan..huhuhu)
P/S: Akhir kata dariku, minta maaf adik2 sekalian sekiranya terkasar bahasa (abg ade adik sebaya korng, 2 pasal abg tegas ari 2..) di harap adik2 jangan pendamkan kemarahan..sebelum berpisah aq mahu berpantun..

Bulan November kita di Kem Prostar,
3 hari 2 malam kita kem di sini,
Wahai adik2 janganlah bersikap kasar,
Harap kesalahan kami (fasi) dapat dimaafi..

Monday, November 2, 2009

Kem Prostar Peringkat Negeri Selangor

Sehari sebelum ke kem

Hari yang sepatutnya aq menghantar report projek kat En.Ezwan..malangnya, hanya sedikit sahaja sentuhan diperlukan oleh Afiq (team projek) untuk menyiapkannya..menunggu kepulangannya sahaja membuatkan aq rasa begitu malas untuk menunggu..teringat cadangan yang Ijat (geng rumah Ijok) mengenai kem Prostar yang akan datang, pastilah aq ingin menyertainya (dah lame xrase)..Tergambarlah wajah2 ahli Prostar yang lama aq xjmpe.. Projek??? Aq bagi kat Afiq setel selepas tinggalkan pendrive aq kat atas meja..(aq pon nak relax gak, hahaha)..

1st day

Agak lewat juga kehadiran kami ke kem Prostar yang terletak di Chalet Kuala Selangor (walaupun dekat ngan Ijok)..mana tidaknya kelewatan ini xdapat kami jangkakan kerana abang kesayangan aq nak menggunakan laptop aq untuk buat kerja..so, terpaksalah kami ke rumah aq untuk menghantar laptop aq sebelum singgah di Unisel untuk menjemput Iera (awek Ijat, nasib baik awek aq duk jauh..sobb) ke kem tersebut..jam menunjukkan 4 ptg semasa kami sampia ke kem kami, alangkah terkejut melihat baru ade 5 org peserta (Pelajar IKN, aq ingat fasi. dah..hahaha), tiba di muka pintu dewan, Syuk (pengarah program) memanggil nama aq & bertanya khabar (rasa bangga, hahaha)..selang beberapa jam, sudah ramai peserta yang datang (34 org = 24 lelaki + 10 pompuan)..kebanyakan dari mereka terdiri dari pelajar n yg b'kerja, mcm2 karenah yang ditunjukkan oleh peserta2 di kem tersebut sebelum sesi ice breaking bermula..ujian pre test dilakukan oleh peserta untuk menentukan ketereran mengenai Prostar & kesihatan, seperti kebiasaan, kebanyakan fasi2 sudah lama mengenali aq kerana aq pon fasi juga (percubaan aje, huhuhu), so bila pembahagian kumpulan aq dilantik menjadi ketua kumpulan aq yg dinamakan Malu-Malu..(ada pengalaman..muwahahaha)..di situ, keramahan antara ahli kumpulan dapat aq lihat setelah LDK yang diberikan oleh fasi dilakukan bersama..segelintir peserta (popular) termasuk aq banyak memainkan peranan dalam memeriahkan kem tersebut (bagi orang ketawa)..dari ceramah sehingga permainanan (xbagi ngantuk) dilakukan olah kami..antara yang melucukan apabila Ijat terpaksa menari seorang diri di tengah bulatan peserta kerana kalah dalam permainan 'concentration' (padan muka mu, hohohoho)..pengisian tentatif program adakala membosankan (mungkin ngantuk kot, hehehe) kerana kebanyakan peserta baru ingin berjinak2 dalam club Prostar..kemuncak malam apabila fasi2 membuat ceramah mengenai muhasabah diri (dah start menangis nih, sobb)..mane taknya, buka lagu melayu yang biasa aq layan (amik ko Mohsin, hahaha)..jangan kate nangis segala najis mutawaleleh pon ade (yang biasa meleleh, phm2 ea..huhuhuhuhu)..

2nd day

Seperti kebiasaan, bagun pagi + solat + mandi (sejuk ooo, bukan xbiasa)..dah siap untuk senaman, hujan bertaburan pula di kem kami (terpaksa buat kat dalam dewan)..aq & Min (Prostar Unisel Shah Alam) terpaksa menunjukkan cara main tepuk 'itai2' (btol kan?? aq tau men je name ntah la) sambil di temani olah fasi2..kebiasaan program untuk hari kedua lebih menyeronokkan kerana peserta terpaksa berlakon..di sini masing2 menunjukkan bakat2 yang lame terpendam (ingat gunung berapi), memang pecah perut boleh dikatakan apabila masing2 dapat membuat peserta & fasi berlinang air mata (sakit perut tau)..bila siang pasti ade malam, & malam kami disajikan bagaimana cara2 untuk menguruskan jenazah yang mengidap AIDS, & setelah tamat, peserta lelaki diasingkan oleh pompuan untuk pengisian terakhir pada malam itu..& sepatutnya najis mutawaleleh yang berlaku tidak terjadi2 kerana malam 2 feeling dah habis (mata tunggu nak pejam je, hehehehe)..

3rd day

aq rase 1st time kat kem aq bangun lambat (7.15 am) & masalahnya bukan aq sorang..satu bilik aq sume kantoi tido nyenyak (solat, msti ganti..hmmm), setelah perkara2 yang harus dilakukan terlaksana, kami berjaya juga melakukan senaman yang diketui oleh peserta baru tapi bek ati ^_^ iaitu Zam (penghulu, pelajar IKN) & Ajba (penghuluwati, pelajar IKN) di luar perkarangan dewan (semangat bersenam hampeh, jangan marah mungkin xmakan kot)..setelah habis bersarapan, peserta dikehendaki untuk merancang program (Kem Prostar. kononla) di dalam slot mari merancang..mcm2 idea yang berbukit di bentangkan oleh peserta & kumpulan aq yang memulakan dulu..& di akhir pembentangan, kami tidak di soal oleh peserta selain dari fasi..malangnya, kumpulan seterusnya di soal oleh peserta bertubi2 & aq la orang pertama (sape suh xtanye soklan kat geng aq, padan muka lu..hahahaha)..setelah habis aktiviti i2, kami perlu menjawab soklan post test untuk menentukan ketereran kami dalam bab ke Prostar hingga kesihatan (aq punye kena btol 100%, sebab dah banyak kali pergi..cidel tol)..& akhir sekali sesi bergambar untuk kenangan & juga bersalam menutup tirai majlis kami pada hari 2..

Sehingga bertemu untuk kem akan datang, aq jadi urusetia untuk peserta dari Kolej Mara Banting..^_^

P/S: Rugi klu xjoin, kem free, makan 6 kali sehari, berpeluang menjadi fasi..

Thursday, October 22, 2009

Pesanan Buat Kekasih



Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku

Menahan titis air mata


Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih

Sekiranya engkau merinduiku

Hubungilah aku di sini


Jika ada kesilapanku

Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya

Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi

Kerana sehingga waktu ini

Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya

Berlalu Ramadhan, Syawal menjelma setelah berpuasa selama sebulan akhirnya hari yang ingin di raikan datang juga..seperti orang lain, aq juga meraikan hari yang mulia ini dengan keluarga dan sanak saudara di beberapa tempat sperti Hulu Langat (umah atuk sebelah umi aq), Merlimau (umah makcik sebelah umi aq) & Muar (umah abg & kakak walid aq). .berikut adalah kejadian yang berlaku pada malam raya & seterusnya (dah macam pembaca berita plak, huhu) :

Malam Raya

Seperti kebiasaan, keluarga aq mesti merayakan ari raya pertama di sini (aq pon xtau, mungkin dekat kot)..sebelum malam raya, kami sekeluarga sudah berada di rumah atuk aq..macam2 persiapan dilakukan lebih2 lagi persiapan untuk hidangan raya seperti ketupat, lemang & macam lagi sume di lakukan..Pada malam raya, aq sudah berpakian baju melayu untuk menghadiri majlis takbir tetapi kelewatan yang di alami menyebabkan rombongan takbir hilang dari pandangan ku (xsempot ikotla maknenye), sedih rasanya sebab dulu aq xpenah miss (nak kutip duit raya lebih) tapi aq xkisah sebab adik2 aq mewarisi perbuatan ini dari aq (mane tak tumaph kuah klu tak ke nasi, hehehe)..


Malam raya pon sempat bergambar

Pagi Raya (Hulu Langat)

Takbir berkumandang, jam menunjukkan pukul 8 pagi..masing2 menyiapkan diri untuk solat hari raya di surau..walid sudah menyatakan kepada aq untuk solat di Ukay Perdana tetapi tidak sempat dek kerana masa mencemburui kami (macam orang penting plak, hahaha), selepas solat, seperti kebiasaan kami akan bermaafan antara sesama lain (banyak sangat ke dosa aq, hmm) & masa yang ditunggukan untuk mengutip duit raya oleh adik2 di laksanakan dengan pelbagai karenah..kemudian, kami bersama merasai hidangan yang di masak oleh kaum2 hawa (klu kaum adam, siap ada hiasan..makan mase, hahaha) & semestinya lemang, nasi himpit dan pelbagai kuah yang berwarna-warni di makan oleh kami..selepas habis menamu, kami m'ziarahi kubur nenek & moyang aq (sebelah umi aq) yang terletak tidak jauh dari umah atuk aq..raya di sini kurang ceria berbanding dahulu kerana kebanyakan family adik2 umi tak ramai meraikan bersama kami (duit raya pon xbyk la)..& aq semakin besar nie tak akanla nk menadah muka mitak duit raya kat setiap rumah berdekatan (adik2 aq bole la)..hanya televisyen dan telefon (buah ati aq yang jauh di mata) sahaja yang mengisi masa terluang aq sepanjang raya (sedih rasanye, iskh3)..selama 3 hari, kami sekeluarga meraikan hari raya ini di Hulu Langat (klu xtau kat mane, tgok senario the movie..mesti ade)


Zainab & Sukainah


Bersama insan tersayang


Nie dia budak nakal dalam umah (Redha & Ali)

Raya Lagi (Muar)

Selepas meraikan raya di Hlu langat, kami meneruskan perjalanan menuju Muar (kawan sebilik aq duk situ gak)..sebelum singgah di rumah Pak long (abg ipar walid aq), kami singgah umah sedara walid aq shingga rumah terakhir Pak Ngah aq (abg walid aq, orang panggil Salleh Kubur..die la pembuat batu nisan terkenal di Muar), agak lama kami di sana kerana menjamu selera skali dengan mereka & di akhiri bersalaman untuk meneruskan perjalanan ke rumah Pak Long aq..Walaupon terasa sekejap beraya di Muar tetapi aq puas kerana dapat ziarah keluarga sebalah walid (erat silaturrahim katekan, huhuhu)..Untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai perkahwinan Mak Tih (sepupu umi aq), tunggu la post blog akan datang (penat nak tulis sebenarnya, huhuhu)..

Sebelum berpisah, aq ingin berpantun (duit raya xde ea)

Pejam celik pejam celik dah lame tak jumpe,
Pejam celik dah sebulan puasa,

Makin dipejam celik, makin banyak salah & dosa,
Sementara masih celik, banyak2 buatla pahala,
Sebelum pejam tak celik2, harap maaf jika tersalah perbuatan & kata,



Posing depan umah sedara di Muar

Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir dan Batin..

Thursday, September 10, 2009

Perpisahan Terasing (Danial Chua)



Pertemuan pada bulan 4 memahatkan pelbagai memori kami bersama Danial (jiran umah Ijok)..bermula dengan perkenalan antara dia & Hanifi (housemate aq), sehingga menjadi ramah kepada kami serumah sebelum kawan rapat aq menyambung pelajarannya di Kedah..Walaupun jarang bersua dek kerana penat berkerja sehingga malam, dia sekali sekala akan menjenguk kami di rumah (main Poker, hehehe)..dia memang peramah orang nya & sering kali timbulkan masalah kepada aq (aq nie panas baran)..tetapi itu tidak bererti lagi setelah selama berada di Ijok, dia membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat untuk menjaga keluarganya..Sedih & pilu menyelebungi kami berempat (Aq, Danial, Syafiq & Afiq) ketika kami menghantar dia ke Pudu (macam nak nangis pon ade)..Setiap Pertemuan Pasti Akan Berpisah Jua, begitu juga kami & dia..setelah muram atas perpindahan Wan (kawan rapatku) ke Kedah, sekali lagi aq mengharungi perkara yang sama..ape yang kami & dia harapkan janganlah lupa antara satu sama lain..


Saturday, September 5, 2009

Mungkinkah Terjadi

S

Seringkali hati bertanya

Tiap saat kita bersama

Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai

Bibir terkunci

Jiwa bergelora rasa tak percaya

Adakah ku bermimpi

Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan

Wajah yang bermain

Di mimpi-mimpiku

Hidupku.. kini bagaikan penjara

Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi

Dirimu aku miliki

Berilah tanda kepastianmu

Namun jika tak tercapai

Harapanku

Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

Wednesday, September 2, 2009

Minggu Kegembiraan ( Rumah Atuk Aq)

Pada Ahad yang lepas (sehari sebelum bunga api di lancarkan di KLCC, MERDEKA!!!), aq sekeluarga bertolak ke rumah atuk aq setelah aq berjaya memiliki permainan video "Pro Evolution Soccer 2009" di rumah kawan lama aq (copy je game nih, hahaha)..sehari sebelum bertolak keluarga aq memang sudah bercadang hendak menghadiri rumah atuk aq kerana adik-beradik umi aq kat sana (rai besday atuk aq, aq punye lupe ke?? soobbb)..memang tuah berpihak kepada aq kerana aq balik ke rumah aq 2 hari sebelum kami sekeluarga pergi ke rumah atuk aq..Di sana, aq bertemu dengan sepupu yang sudah lama aq tidak ketemu (blaja kat Indon, mane taknye), berkongsi cerita tentang karier masing2..

Malam yang di nantikan, seramai 40 lebih saudara mara aq sudah menunggu untuk berbuka puasa bersama2..memulakan bacaan surah al-Qadr di sudahi dengan doa berbuka puasa, kami menjamah hidangan yang dimasak bersama (macam makan kenduri la katakan)..Seperti kebiasaan, gambar2 dibawah menunjukkan karenah2 saudara-mara aq (x tunjuk kang, cakap kosng ti..)


Nie la Besday boy kiteorg mlm tuh..
genap 70 tahun atuk, semoga pjg umr ya atuk!!

Mane aq nih?? masing2 terliur ar 2..


Featuring Ipin (anak Pak usu aq)..
sedara ckp cam same, btol kew??


Monday, August 31, 2009

Si Dia

Kali nie aq ingin sampaikan luahan hatiku kepada dia, SIAPAKAH DIA?? hanya aq, dia & yang Maha ESA sahaja yang tahu apa yang berlaku sepanjang perkenalan kami selama 6 bulan ini..Bermula apabila aq menambah dia sebagai kenalanku di website Friendster, mengenali dia sebagai junior sekolah lame ku..merasakan perkara biasa sepanjang kami berbual sehingga kemesraan yang terjalin di ruang sembang YM membuatkan aq ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi..

Permintaan nombor si dia ditolak habisan setelah aq secara tiba2 meminta (dah mula jatuh ati), perasaan sedih melanda tetapi aq tabahkan diri kerana si dia merasakan belum masa lagi untuk berbuat demikian..
Setiap malam pasti aq tunggu si dia di ruang YM walaupon kadangkala si dia sibuk dengan kerja yang perlu di siapkan..sehingga pada satu ari aq di tegur oleh Mama Walia ( ketiak berada di dalkam bengkel C# pada cuti sem yang lepas) mengenai perbualanku dan si dia di dalam kelas..hehehe..Siang berganti malam, begitu juaga sebaliknya, apabila satu hari mesej yang aq sampaikan pada si dia untuk meminta nombor di tolak (pilu hati aq ini), apakan daya nasi belum menjadi bubur pada hari pagi Ramdhan yg pertama sesuatu yang tidak disangka bahawa dia memberikan nombornya kepadaku..

Perasaan gembira terpancar bak bilik gelap diterangi lampu, hanya syukur sahaja yang aq boleh panjatkan kepada-Nya..di harap perkenalan yang baru melalui telefon dapat merapatkan hubungan silaturrahim..Dan adakah dia permata baru dalam hidupku, hanya doa sahaja yang boleh kupanjatkan kepada-Nya..Walaunpun post kali ini tidak seberapa seperti yang lain, di harap ini dapat memuaskan hatinya tersebut..

Akhir bicara

Ramadhan pertama perkenalan bermula,
Antara aq dan dia,
Di harap lebih terjalin hubungan yang tersedia,
Menanti hari "itu" bila akan tiba???

Friday, August 28, 2009

Perjalanan yang memenatkan..

Hari Selasa yang lepas, aq berpuasa di rumah Ijok buat kali kedua selepas murung pada hari pertama (tunggu Afiq & Syafiq pulang)..terasa kesunyian membelenggu diriku pada siang harinya selepas sahur..mana tak nya kalau semua kawan2 ada yang belum sampai, nasib menyebelahi aq selepas pejam celik di atas tilam, akhirnya Afiq & Syafiq menyegarkan mataku tatkala mereka baru pulang dari rumah masing2, mengatakan mahu ke Sungai Wang untuk mencari harta karun masing2..hehehe..

Perjalanan kami di temani oleh buah hati Syafiq & kakaknya (Ora & Tira), memakan masa hampir 45 minit..Aq & Afiq berpisah dengan mereka buat sementara waktu kerana kami juga ingin mencari harta karun (perkakasan laptop masing2)..seseudha mencari kami berjumpa semula di Times Square diaman waktu berbuak hampir tiba..seperti kebiasaan gambar2 akan ditunjukkan untuk tontonan umum sesuai semua lapisan masyarakat..hahaha



Aq, Syafiq & Afiq


Tira, Afiq & Ora (Syafiq jagan jeles, hehehe)

Tuesday, August 25, 2009

Gemuruh


Wan & Aq

Di dalam gerimis,
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa, sesegar pagi,
Yang permai damaikan.
Align Center
Tunggul di pinggir rimba,
Lantas mendambarkan,
Kisah sempurna dari jiwa,
Bakal surinya.


Di dalam kelambu,
Menunggumu, dia kesali,
Hilang bayangan,
Pedoman, ikhtiar dan arah.

Persis si buta mendambakan,
Hidup sedehana,
Menjamahi hari-hari,
Mimpi-mimpinya.

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara,
Dan meratap siksa,
Pahit maung madah punjangga.

Terbukti kasih
Yang hanya serampang berbisa,
Mengukir gerigis besi kaca,
Dan pawaka.

(2x)
Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa

Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN + SAHABAT..



Salam, sudah berlalu bulan Sya'ban, menjelma pula bulan Ramadhan (bulan yang mengandungi malam yang lebih baik dari seribu malam)..ya, pasti di antara kita ada yang meraikan berbuka puasa dengan keluarga (begitu juga denganku) dan pastinya amal nahi mungkar perlu diawasi supaya puasa pada tahun ini mendapat rahmat dari-Nya..mendengar azam family & kawan2 puasa tahun ini pasti membuatkan aq juga mahu turut serta dengan azamku.

"Ya Allah, di harap bulan yang mulia ini dapat aq khidmatkan diriku padamu walaupun ku tahu diri ini penuh dengan limpahan dosa yang hanya dapat diampunkan oleh-Mu"
..pasti sebahagian dari kita mengharapkan lebih dari ini..begitu juga dengan aq, puasa pada tahun ini pasti berbeza bagiku kerana ini adalah merupakan kali pertama & terakhir aq akan berpuasa dengan kawan2 serumah denganku di Ijok (sedih).."Ya Allah dimana lagi dapat Kau temukan dengan sahabat seperti mereka", itu saja yang boleh aq ungkapkan..kerana selepas bulan 12, kami semua akan membawa hala tuju masing2..walaupun sebilangan dari kawan2 aq yang masih ada baki semester yang mahu dihabiskan..memori yang terpahat pasti mengukir senyuman setiap dari kami kerana banyak kenangan suka & duka berlaku di Rumah No.5, Taman Ijok Utama.

Akhir sekali, aq harap dapat mengukir lagi kenangan bersama kawan2 aq sebelum perpisahan akan bermula..Dan, di bulan mulai ini aq ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada Muslimin & Muslimat, di harap Ramadhan dapat memberikan keceriaan pada anda semua..Wasalam..

Wednesday, August 19, 2009

PERMULAAN SEM BARU..

Tanggal 18 Ogos 2009, tercipta lah satu lagi sejarah di mana duit PTPTN aq yang selama ini tidak dapat ku raih, menjelma dengan mendenyut jantungku kencang..hihihi..bayangkan tau macam mane duit PTPTN yang sepatutnya aq dapat bulan 2 terpaksa ku tunggu selama 6 bulan..wah 6x..beli gadjet la kawan bila tengok duit PTPTN aq dapat macam gaji Cikgu Sekolah..(muwahahaha)..apa lagi, gerak Sunway la, lepas sental nasi kat kedai "Berbaloi2", tepat kul 4.30 ptg + 2 minit lamabat pasal Amerul boleh berkemas diri di dalam tandas (cisdel tol), beli barang yang dah lama tertusuk di hatiku ini..seperti kebiasaan aq akan memaparkan wajah kanak2 riang selepas "berkelah" di Sunway..

Dari kiri : Syafiq, Afiq, Aq (Roses)

Sebenar lagi 2 kengkawanku pergi melepaskan hajat masing2, so gambar kami bertiga saja di paparkan..hehehe, TAPI JANGAN INGAT MUKA DORANG TAK ADA KENAPA KAT BAWAH NIA GAMBAR SAPA LAGI 2 ORANG (XKAN LA WARGA ASING, HAHAHAHA)

Dari kiri : Syafiq, Afiq, Aq (Roses), Amerul & Hafiz

Gambar ini di ambil ketika kami berjaya merakamkan suara di pusat karaoke berhampiran Mcd..bagaikan halilintar sabung-menyabung apabila kami berjaya mendominasi suara sehinggakan penyanyi lain bertempiaran (mungkin suara Amerul nie)..hahaha..last but not least memang happening sebab dapat keluar dengan kawan serumah (habis duit aq, kui3)

Tuesday, August 11, 2009

Kenduri Kahwin

Sudah 2 minggu aq n kengkawan (Fantastic 4) berada di dalam penjara C#..kui3, tapi sebenarnya untuk kebaikan aq gak sebab advantage ada certificate (tapi kena excellent projek, TOLONG!!!), tapi pada ahad yang lepas, 9 Ogos 2009 berlaku peristiwa yang perlu diketahui kerana Kakak kawan aq, Faez (Dr. Doom) melangsungkan perkahwinan..tanpa membuang masa di dalam penjara C#, kami ditemani Hafiz (Silver Surfer) mengerakkan badan ke rumah Faez pada jam 1.30 (class setengah hari jew..), Sesampai disana, kami dihidangkan sajian yang menyelerakan tekak kami (dari pagi tak makn ooo)..Akhirnya, inilah muka manusia yang selalunya kenyang lepas makan..

The Thing

Silver Surfer

Invisible Woman

Human Torch

Featuring Faez (Dr.Doom)

To the world justice, hahahaha


Friday, August 7, 2009

Pada masa lapang

Gracias Agent 47

1. Nama timangan anda?

= Mohsin, Ochin @ adik (walaupun anak yang ke-2 dari 7) & R.o.$.e.$ (zaman kegemilangan B n R)..



2. Anda seorang yang?
= Panas baran (macam Hulk), caring member (bab makan), touching (klu membe cakap belakang), rajin (assignment & tolong umi), tidur lambat (adik kepada Batman) & banyak lagi..



3. Insan yang teristimewa?
= My Family, My Heaven (bab awek 2 dah lama aq tinggalkan setelah berjaya mengharungi onak & duri..kui3..tapi klu ada yang aq berkenan aq bagilah ayat2 cinta + pantun) ..yang penting hubungan yang terjalin mestilah mempunyai batas yang tertentu dalam Islam..INGAT!!!



4. Lagu kesukaan?
= Lagu Melayu + English Jiwang Karat (karat simbah air lepas 2 biarkan, TENGOKLAH)


5. Makanan kesukaan anda?
= Umi aq (Jamaliah Binti Sarip) yang masak mesti aq suka lagi2 Ikan Masak Asam Pedas (pergh, dulu tak suka tapi skerang zaman dah berubah)..muwahahaha



6. Sikap yang membuatkan anda stress?
= Sikap acuh tak acuh macam tak buat assignment, kemas umah & banyak lagi la..(klu cam 2 baik amik orang gaji, setel sume kan3??)



7. Warna kegemaran anda?
= Hitam (kegemaran ku), Hijau (tenang), Putih (suci), Merah (garang..hahaha)



8. Benda yang mesti ada dalam beg?
= Yang nie mesti beg pergi class kan?? Aq letak buku nota & buku teks untuk subjek apa yang nak belajar ari 2..alat2 tulis?? ( pinjam kat kawan, pemurah mereka nie tau)



9. Kali terakhir anda menangis?
= Orang yang betul2 (family & related) kenal aq, mereka tau..lagi satu MENANGIS & SEDIH lain tau..



10. tag utk 6 rakan anda?
= Eca (see u at konvo, kui3)
=
Wan 125ZR (long time no see u, sedih oo)
= Afiqah (gadis YM, huhu)
= Kengkawan Mobile Technology
= Kengkawan (YM, Myspace, Facebook, Friendster, etc.)

Wednesday, August 5, 2009

1. APAKAH NAMA BLOG ANDA DAN KENAPA ANDA MEMILIH NAMA ITU?
Hi$ nAmE i$ R.o.$.e.$ kerana ini adalah gelaran oleh kawan hostel (Black) & nama ini juga mengingatkan kemasyuran kami di Unisel BJ..(dominate game futsal 8 row)..^o^..

2. APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKANNYA SEPERTI ITU?
morecent89.blogspot.com kerana morecent89 membuat aq ingat pada duit..ia boleh dikategorikan duit yang boleh tulis dalam blog ni..kui3..^o^..

3. APAKAH 'METHOD' PENULISAN DALAM BLOG ANDA?
Method aq nie sama juga klu korang tengok perubahan dari bayi hingga ke dewasa, kerana di situ kita dapat melihat perubahan yang berlaku (renung2kanlah, selamat beramal)..^o^..

4. PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG ANDA? SEBABNYA?
Pernah sebab malas nak post yang terbaru, TETAPI kesabaran yang terpaksa di ikuti berjaya membuatkan aq tak nak hapuskan blog (SAYANG OOO)..^o^..

5. APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI BLOG KEPADA PEMILIK BLOG YANG TAG ANDA INI?
Erm, aq copy paste tau..Dia tak tag pun nama aq, jangan bagitau kat sape2..(Klu rasa nak copy paste, jangan segan ye)..^o^..

Tuesday, August 4, 2009

Spring - Sejiwa


Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan

Padanya yang tersayang

Kasihku kau pernah dipersia

Lalu kubawa cintaku

Sebagai penawarnya

Biar lukamu masih terasa


Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu

Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan

Tiada kete
pian
Sebegitu cintaku padamu


Usahlah cinta dibawa bersama

Ditenggelami mentari di timur

Gelap gelita tiada bercahaya

Ku
tiada berdaya



1
Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam

Bagaikan senja denyutan cinta kita

Penyambung hadirnya


( ulang 1 )

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan

Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan

Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja

Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

Bile Rindu Kembali

!!hahihu!!




sungguh merdu nyanyian ku,


muka mu macam pernah kutemu,


bila ku pandang ku rasa layu,


klu bertemu, di malam minggu,


nikmat hati terasa rindu..




!!huhuhu!!




Friday, July 31, 2009

Gift from CR9

Teusday, 4 August, 2009

Salam

Aq di tag oleh Cristiano Ronaldo (muwahahaha)
terima kasih sekali lagi pemberian badge..

1.Copy badge “2009 Cute’s Blogger Award” di atas untuk di letakkan di blog anda..


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan anda award ini kepada anda


afiq3a.blogspot.com name di beri kacang...hehehe..sbb die x suka mkan kacang..hahaha


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya


+ aq suka berinternet, berchatting, n cari software tepon aq..kui3


+ solat diutamakan walaupon kadang kala terlupa (wajib qada')

+ main bola sepak ngan kawan, (slalu cabar dorang, hahaha)

+ kadang-kala tolong umi aq masak kat dapur (nyummi..)

+ suka kacau pompuan yg aq minat..hehehe (dalam YM & s'angkatan dengan..)

+ kat umah jadi cam budak2, main permainan ngan adik2 ( abang mithali, hihihi)

+ selalu gaduh ngan budak2 yang main bola ngan aq (baget Z.Zidane..hehehe)

+ klu aq bw motor, kul bleh meter kat motor dah tak boleh pegi..

+ lepak malam2 ngan kawan s'perjuangan kat depan umah je..(baget Batman & Robin)

+ suka berpantun ngan kengkawan (hak cipta terpelihara, kui3..)


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda


+Wan


+Faiznor


+Afiqah (kui3)

+ Budak2 Mobile..(korng tau kan)

Thursday, July 30, 2009

Pantai Remis

Pada hari ke-5 bengkel C#, perkara sama juga yang berulang kepadaku..dimana aq keletihan & mengantuk didalam makmal yang baru kami pindah..Seperti kebiasaan, aq akan buka internet sebab nak main YM dengan si "dia" & juga kawan2 aq (bengkel C# gak)..hahaha..tanpa di duga, Cim kam (mentor) suruh Tira teman dia pergi cuci kereta, dan perancangan untuk ke Pantai Remis berjaya setelah Cik Kam bersetuju untuk ke sana bersama kami (aq, Afiq, Amerul & Tira)..Di sana, kami telah dihidangkan (sebenarnya order) sajian seafood kegemaran mereka (aq tak suka)..Saksikan lah:-

Ikan Pari Bakar

Sotong Bakar

Udang Bakar
(aq amik satu, hehehe)

Dan bawah ini, inilah makanan aq setelah dipujuk untuk makan seafood kegemaran mereka..Akhirnya 2 ekor kembong menjadi kegemaran ku..wawawawa
(setelah melantak nasi goreng telur dadar & 2 cawan limau ais..pergh, sedappp)

2 Ikan Kembong Bakar, wawawawa

Dan semestinya lepas makan, mesti anda mahu melihat hasil seni kreatif yang telah berjaya dihasilkan oleh kami setelah mngharung onak & duri dalam menghabiskan seafood2 td..

TADAAAAAA...

MEMANG DASAR ANACONDA LEPAS MAKAN, HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...