There was an error in this gadget

Monday, November 16, 2009

Kem Prostar Kolej Mara Banting

1st day
Seperti kebiasaan pada kem mggu lepas, aq n ijat akan datang ke tapak kem lewat pada waktunya..jam menunjukkan pukul 2.30 pm, 30 minit lewat untuk sampai ke destinasi yang sama. bertuahnya kami apabila menyedari tiada siapa yang berada di kawan kem Prostar tersebut..rasa pelik & tertanya2 sama ada betul atau tidak kem Prostar diadakan di sini. perasaan tidak puas hati menyebabkan aq segera menghubungi Syuk (pengarah program), alhamdulillah tidak dapat di sangkal lagi yang kem kami akan di lakukan di sini. syuk mengarahkan aq agar bersiap sedia untuk pendaftaran peserta yang berumur dari 18-19 tahun dari Kolej Mara Banting kerana dia ada urusan yang perlu diselesaikan. hampir 2 jam kami menunggu ketibaan peserta dan akhirnya sampai juga mereka ke destinasi (awalnya sesat, tapi ijat tolong bawakan mereka ke tapak kem, hehehe)..pukul 6 lebih, para peserta pun telah tiba di perkarangan kem..seramai 39 peserta yang terdiri daripada 21 lelaki 18 perempuan membanjiri tempat pendaftaran..pertemuan dengan Iskandar dan kawannya (mereka nie peserta tau..hmmm) yang merupakan perserta sewaktu kami di kem Taman Alam sedikit sebanyak membantu kami menguruskan peserta..selepas membahagikan bilik masing2, aq mengarahkan mereka (aq kan abang, hahaha) untuk bersiap untuk ceramah slot pada malam ini (fuhh..lega aq, nasib bek syuk dah balik)..kehadiran Daus, Zuraimy, dan Bad menceriakan hari aq kerana slot2 dalam kem ini akan disampaikan oleh mereka..(senang dalam hati ea, esok xtau lagi..mamamia)..pengakhiran program berjalan dengan lambat apabila slot terakhir (slot Muhasabah Diri) mengakhiri drama menangis di kalangan peserta (apalagi tido pon kul 3.30 pagi kot, mmg sume jd dinasaur la..hahaha)
2nd day
Seperti kem2 yang sebelumnya, senamrobik akan diadakan pada waktu pagi & aq la kaptennye (kuang asam, aq sorang je fasi yang bagun..cisdel), selepas sarapan, slot2 mengenai kesihatan di berikan oleh fasi2 yang bagun lambat tadi (aq pon kena gak, aq mau tido lor..mamamia)..pelbagai ragam yang di tunjukkan oleh peserta di dalm kem tersebut & aq sebagai orang yang bertindak dalam mendisiplinkan mereka (ingat kem tentera ke aaa..huhuhu)di kem tersebut aq dikenali oleh mereka sebagai fasi yang tegas, poyo & ambil berat (tau xpe, beruntung sape yang jadi makwe aq tau..hehehe)..di sana peserta dihidangkan sajian makan 6 kali sehari (camnela klu dorng duk sini sebulan, obesiti agak kot..hohoho)..pelbagai aktiviti yang kami lakukan untuk menyegarkan mata mereka yang di rasuk tidur..antara permainan yang tidak aq boleh lupakan apabila aq mengajar mereka bagaimana bermain dalam permainan Concentration (nk tau kena tnye, xtnye nnti malu..hehehe), aq di denda untuk menari di bulatan peserta bersama insan yang terpilih (kes xingat nombor sendiri & lambat pick up..hahaha)..& pada malam yang di nantikan (ingat magic show ke, hmmm), kepanasan baranku terbuka sedikit apabila slot yang di sampaikan Daus memberi impak sangat mendalam kepada semua peserta apabila mereka di kehendaki unutk melukis wajah ibu bapa mereka dan luahkan isi hati masing2 di atas kertas..setelah siap, mereka di minta menyerahkan kertas yang di isi oleh mereka..lalu di uji dengan koyakan kertas oleh Daus (pyshco je lebih, yg koyak 2 aq & Ijat buat)..hasilnya, seorang peserta perempuan mengamuk lalu memukul dinding tanda protes tentang kertas yang di koyakkan oleh Daus & tidak ku sangka kawanya memaki hamun fasi & program yang kami buat (dh sampai tahap drh hulk aq m'galir la nie kan..hmmmm)..perasaan bengang menyelubungi mereka kepada kami sehingga ada peserta perempuan bersikap kurang ajar dengan tidak menjawab persoalan yang diajukan oleh Daus..& tibalah masanya aq selaku orang yang mendisiplinkan mereka sudah mengeluarkan aura2 panas baran aq lalu aq berkata "Helo, apa yang Abg Daus tanya 2?" (peserta2 hanya terdiam seketika & Daus menyuruh aq agar bersabar)..syukurlah, aq dapat menahan kepanasanku ini kerana Daus menghalang aq (klu tidak mmg dh singgah sana kaki ku di kepala mu..pantang aq budak2 muda kurang ajar skrg nie..huarghhh)..akhirnya, slot ini berakhir setelah Daus menerangkan sebab musabab melakukan perkara ini & hasilnya peserta menunjukkan reaksi muka yang berbeza (baru korng tau, saje nak physco korng..hmmm)..masa itulah masing2 meminta maaf kepada kami kerana berkelakuan kasar (nasib bek aq p'maaf tau..tuhan pon xsuka hambaNya b'lagak)..malam itu menyimpan seribu kenangan bagi semua peserta & fasi termasuk aq..
3rd day
Pagi ini lewat sedikit kerana peserta perempuan lambat menyiapkan diri masing2, & tanggapan aq memang benar apabila melihat reaksi muka mereka (pasal ke malam s'mlm la 2..hmmm)..untuk menceriakan hati mereka kembali, aq membawa mereka berjalan di tempat peninggalan sejarah Negeri Selangor (Bukit Melawati namenye, korng tau??)..hampir 30 minit kami berada di sana & kunjungan monyet2 di kawasan situ menceriakan para peserta (besela, jarang jumpe spesis monyet nie..hahaha)..setelah melawat tempat itu, kami bergegas pulang ke kem untuk sarapan..selesai sarapan, aq bertugas untuk menyampaikan slot yang terakhir iaitu slot Mari Merancang (b'kaitan bgaimana cara p'serta2 ingin mengadakan program Prostar)..& diakhir aktiviti sebelum berpisah, lagu2 perpisahan akan berkumandang di dalam dewan kem itu..ada yang menitis mata, ada yang ketawa & ada juga marah kot pasal semalam (apsal aq suka stigma ea, dorng kan manusia..besela melakukan k'salahan..huhuhu)
P/S: Akhir kata dariku, minta maaf adik2 sekalian sekiranya terkasar bahasa (abg ade adik sebaya korng, 2 pasal abg tegas ari 2..) di harap adik2 jangan pendamkan kemarahan..sebelum berpisah aq mahu berpantun..

Bulan November kita di Kem Prostar,
3 hari 2 malam kita kem di sini,
Wahai adik2 janganlah bersikap kasar,
Harap kesalahan kami (fasi) dapat dimaafi..

3 comments:

amir said...

ada hantu pocong!!

Anonymous said...

spe hantu pocong 2??

fyra said...

amir: ade antoo kew??

btw..xde kew gamba2 ktorg???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...