There was an error in this gadget

Monday, November 23, 2009

Kem Prostar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

1st day

Kehadiran aq ke kem kali ini lewat sedikit berbanding kem yang lepas kerana ada urusan dengan pensyarah aq berhubung projek final semester aq di Unisel..pada mulanya, aq memang malas untuk datang ke kem itu..tapi memandangkan aq dimaklumkan bahawa fasi tidak mencukupi (sebab peserta 35 = 32 gurl + 3 boy) membuatkan aq terpaksa datang juga (dah jadi fasi, kena la datang..hmm)..perjalanan aq ke kem berjalan dengan lancar setelah afiq sedia menghantar aq (ingat pon ko kat kawan kan..hahaha)..pemindahan barang2 aq ke dalam kereta Ijat (fasi juga la..) dilakukan di tempat parking Tesco selepas berjumpa Ijat & Ira (ape die buat kat sini, xkan jadi fasi kot..hmm)..rupa2nya Ira datang untuk membantu seperti aq juga (tapi aq memang fasi tau, huhuhu)..sesudah selesai memindahkan barang aq, kami menuju ke kem..sekumpulan peserta perempuan sudah berada di dewan makan melihat kami keluar dari kereta (mungkin aq kot, sebab dorang xnampak aq petang tadi atau aq pakai baju bola..hehehe)..selesai usai solat, aq segera ke dewan ceramah untuk setting laptop aq untuk diguna pakai oleh fasi2 len..baru ingat hendak rehat tapi apakan daya aq terpaksa bagi slot "LDK HIV & AIDS" (sape la nak cian kat aq, sobb3)..perkenalan aq dengan peserta bermula apabila sesi slot aq dimulakan (rata2 peserta memanggil aq, abg..hehehe)..kemudian slot "Muhasabah Diri" mengakhiri malam pada hari pertama di kem..

2nd day

Hari ini aq bangun lambat gila, pukul 8.30 a.m (apa lagi qada' solat subuh pastu pegi tengok peserta).. selesai sarapan pagi & slot "Teruna & Dara", aq diminta untuk bagi slot mengenai "Rokok" (payah juga la nak sebut nama saintifik nie, hehehe)..kemudian aq mengajar peserta game "Concentration", rata2 peserta terhibur dengan game ini..selepas minum pagi, slot seterusnya disampaikan oleh fasi2 yang lain termasuk Ijat..pada sebelah petang pula, peserta di ajak ke Bukit Melawati untuk mengantikan slot "Permainan Dinamik"..pelbagai ragam dapat di lihat pada peserta2 unutk kem kali ini ketika bertemu dengan spesis monyet di Bukit Melawati (mereka xmesra macam p'serta dari KMB,xbese kot..hehe)..pelbagai gambar di ambil untuk dijadikan kenangan termasuklah aq (sempat pose ngan monyet lagi 2, hohoho)..pada sebelah malam pula, selepas slot "Selimut Putih" di bawa oleh Abang Khairi di habiskan, Bad (orang penting nie, hehehe) memberi kata2 pengenalan sebleum peserta dibenarkan tidur lebih awal (baru kul 1 lebih je, xpenah eden pegi kem tido awal..huhuhu)


Nie la monyet yang aq katakan 2..hehehe


Gelagat peserta selepas jalan2 di Bukit Melawati

3rd day

Hari ini aq bangun awal tidak seperti semalam, selepas melakukan tarian poco yang tunggang langgang (xde sape nak lead dorang, memang setel la..hehehe)..selepas sarapan pagi, peserta diberikan taklimat serba sedikit mengenai slot "Mari Merancang" (walaupun xbagi dalam slide) oleh Bad & di akhiri ujian "Post Test"..sebelum majlis menutup tirai, fasi2 telah membuat "Permainan Dinamik" untuk peserta (aq handle bahagian Bahasa Isyarat..hmm)..pertemuan dengan peserta pasti kurindui kerana kebanyakan dari mereka beranggapan aq sebagai abang (sebenarnya muda lagi lor..hehehe)
P/S: Akhir kata dariku, minta maaf akak & abang sekalian sekiranya terkasar bahasa..sebelum berpisah aq mahu berpantun..

Bulan November hampir meninggalkan kita,
3 hari 2 malam kita kem di sini,
Wahai akak & abang yang sedang membaca,

Harap kesalahan kami (fasi) dapat dimaafi..

2 comments:

Anonymous said...

owh, kem2..
bile lg ade 2??
^_^

Hi$ nAmE i$ R.o.$.e.$ said...

ade lg, 11 disember nie..kat tmpt yg same..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...