Saturday, August 27, 2011

Pantun Raya!!!




Cincin disarung hati berdebar 
Jari lembut wajah terhias 
Ramadan disambut penuh sabar 
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Imam Ali a.s menyusun kata 
Tutur peri yang mulia 
Maaf-bermaafan sesama kita 
Di Aidilfitri yang mulia 

Buah pauh ditengah bendang 
Jadi dagangan ditengah kota 
Saudara jauh datang bertandang 
Bermaaf-maafan sesama kita 

Sungguh rendang pohon rumbia 
Tempat persinggahan si anak kera 
Ketupat rendang sudah tersedia 
Jemputlah semua menjamu selera 

Sungai disusur sehari-hari 
Dalam gelap menangkap ikan 
Kami menyusun sepuluh jari 
Salah dan silap harap maafkan 

Disisir diandam dengan cekap 
Potong rambut pelbagai gaya 
Puasa sebulan sudahlah lengkap 
Kita menyambut Hari Raya 

Negara kita aman sentosa 
Jangan dilupa orang terinyanya 
Makan sudah baju bergaya 
Orang fakir jangan dilupa 

Masak udang dan gulai ketam 
Pembasuh mulut kuih keria 
Berbunyi mercun berdetum detam 
Riang gembira dihari raya 

Adik tersayang segak bergaya 
Mengait kuih di atas para 
Suasana riang di hari raya 
Bermaaf-maafan riang gembira 

Menyeberang lautan melintas negeri 
Terbang jauh dari Itali 
Datuk nenek muka berseri 
Anak cucu telah kembali 

Gua Niah pintunya lebar 
Dayak dusun jadi penjaga 
Datuk nenek tidak tersabar 
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya 
Amat meriah riang gembira 
Ramai bertandang di hari raya 
Tersenyum riang sanak saudara

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...