There was an error in this gadget

Friday, July 29, 2011

Malaysia Kalah!!!

Malaysia
 VS
Singapura (import je lebih)

Itu yang x akan dapat aq lupakan setelah menghabiskan masa 90 minit menonton perlawanan Malaysia vs Singapura (sume family aq join tgok!)..rasa kecewa bila melihat pertahanan Malaysia agak kucar-kacir seperti perlawanan di Singapura minggu lepas..kerana terlalu ghairah di hadapan penonton sendiri membuatkan mereka terleka hinggakan x dapat menjaringkan gol di babak pertama..peluang keemasan hadir bila Safee melorong bola untuk Kunalan tapi gagal membolosi gawang Singapura (Safee, ko mmg t'baik mlm td.. =))..

Mohd Safee Mohd Sali

Memang x dapat dinafikan bahawa pemain Singapura dapat melakukan beberapa percubaan sehingga aq sendiri x senang duduk..(mana xnye, klu k'bykan p'main import)..kecekapan Apek mengagalkan setiap percubaan mereka sangat hebat (sepatotnya die harus men kat Singapura tempoh hari..hmm)..

Separuh masa kedua baru nampak pengawalan bola dari pemain kita dimana akhirnya kita menjaringkan gol menerusi Safee (wa respek lu brader!..hehe)..1-0 & kecekapan Apek kurang menjadi apabila gagal menyelamatkan gawang apabila bola yang di tanduk oleh Kuric berjaya di sepak oleh Shi Jiayi..1-1

Nasib menyebelahi kita apabila Apek dengan gaya Iker Casillas (goalkeeper Real Madrid) berjaya menghalang percubaan pemain mereka apabila berhadapan 1 on 1 setelah pertahanan kita yang longlai memberikan mereka membuat serangan..(klu x, 2-1..malu kalah tmpt sendiri beb..aishh!)

Khairul Fahmi Che Mat (Apek)

Iker Casillas
Apa2 pun, pujian harus diberikan oleh Safee & Apek kerana banyak membantu menaikkan semangat kepada pemain lain untuk bertarung..dan sokongan padu 85000 penyokong malam tadi memang mengamit memori yang x akan dapat mereka khususnya rakyat Malaysia lupakan..sekian!

p/s: dah mcm p'gulas sukan aq nie, tp nk bt cmne..ikutkan nak kutuk je cara p'mainan mereka..mmg lepas nie Rajagopal kena pakai p'main p'galaman (yg b'lwn dgn pasukan Chelsea)..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...